Krisis di Mesir sedang mencapai klimaksnya. Penangkapan demi penangkapan dibuat ke atas pimpinan Ikhwan, dan yang terbaru pihak kudeta telah 'berjaya' menangkap Mursyidul Am Ikhwan yang ke-9 iaitu Dr Muhammad Badie'.
cubaan membunuhnya beberapa kali pada 1941,1946,1948 dan akhirnya dibunuh pada 12 Februari 1949
2) Hasan Hudhaibi
ditangkap pada Januari 1953 selama 3 bulan, kemudian ditangkap semula pada akhir 1954 dan dihukum gantung tetapi kemudiannya 'diringankan' kepada penjara seumur hidup dan dilepaskan pada 1961 atas faktor usia. Ditangkap semula pada 1965 dan dihukum penjara 3 tahun, namun dikeluarkan selepas 15 hari kerana sakit dan dibenarkan pulang ke rumah. Namun, firaun Mesir menangkapnya semula untuk 'melangsaikan' tempoh tahanannya sehinggalah 1971 dan meninggal dunia pada 1973
3) Umar Tilmisani
ditangkap pada tahun 1948 dan dibebaskan, kemudian ditangkap semula pada 1954 dan dibebaskan pada akhir Jun 1971 (17 tahun!). Menggantikan Hasan Hudhaibi. Firaun Mesir menangkapnya semula pada tahun 1981 (umurnya ketika itu 77 tahun!). Allahyarham meninggal dunia pada tahun 1986
4) Muhammad Hamed Abu Nasr
ditangkap pada tahun 1954 dan dihukum penjara seumur hidup, kemudian dibebaskan pada tahun 1974 (20 tahun!). Menggantikan Umar Tilmisani pada 1986. Allahyarham meninggal dunia pada 1996
Penangkapan ini mengingatkan saya kepada kata-kata Syeikhul Islam Ibn Taimiah rahimahullah :
ماذا يفعل بي أعدائي؟ إنَّ سجني خلوة ونفيي سياحـــة وقتلي شهــــادة
"Apa yang mampu dilakukan oleh musuh-musuhku? Ketahuilah sesungguhnya pemenjaraanku adalah khulwah (bersama dengan Allah), pengusiranku adalah siyahah (pelancongan) dan pembunuhanku adalah syahadah (mati syahid)"
Ketahuilah bahawa penangkapan dan pembunuhan yang dilakukan ke atas Ikhwan bukan pekara baru bagi mereka. Sejak zaman Jamal Abdul Nasir, Anwar Sadat dan Husni Mubarak, ratusan ribu anggota Ikhwan pelbagai peringkat telah diperlakukan sedemikian rupa.
Saya ingin berkongsi sejarah 8 orang Mursyid yang telah berkali-kali dimasukkan ke dalam penjara dan tidak terkecuali Dr Muhammad Badie'.
1) Imam Hasan Al-Banna
cubaan membunuhnya beberapa kali pada 1941,1946,1948 dan akhirnya dibunuh pada 12 Februari 1949
2) Hasan Hudhaibi
ditangkap pada Januari 1953 selama 3 bulan, kemudian ditangkap semula pada akhir 1954 dan dihukum gantung tetapi kemudiannya 'diringankan' kepada penjara seumur hidup dan dilepaskan pada 1961 atas faktor usia. Ditangkap semula pada 1965 dan dihukum penjara 3 tahun, namun dikeluarkan selepas 15 hari kerana sakit dan dibenarkan pulang ke rumah. Namun, firaun Mesir menangkapnya semula untuk 'melangsaikan' tempoh tahanannya sehinggalah 1971 dan meninggal dunia pada 1973
3) Umar Tilmisani
ditangkap pada tahun 1948 dan dibebaskan, kemudian ditangkap semula pada 1954 dan dibebaskan pada akhir Jun 1971 (17 tahun!). Menggantikan Hasan Hudhaibi. Firaun Mesir menangkapnya semula pada tahun 1981 (umurnya ketika itu 77 tahun!). Allahyarham meninggal dunia pada tahun 1986
4) Muhammad Hamed Abu Nasr
ditangkap pada tahun 1954 dan dihukum penjara seumur hidup, kemudian dibebaskan pada tahun 1974 (20 tahun!). Menggantikan Umar Tilmisani pada 1986. Allahyarham meninggal dunia pada 1996
5) Mustafa Masyhur
ditangkap pada 1948 dan dihukum penjara 3 tahun, kemudian ditangkap semula pada 1954 dan dikeluarkan dari penjara pada 1964 (10 tahun). Buat kali ketiga, firaun Mesir, Jamal Naser mengarahkannya untuk ditangkap semula pada 1965 dan dibebaskan pada 1971. Allahyarham meninggal dunia pada tahun 2002
6) Ma'mun Hudhaibi
pada tahun 1956, ditangkap oleh Zionis kerana penglibatannya dalam Perang Enam Hari dan enggan tunduk kepada kehendak Zionis. Pada tahun 1965, Jamal Naser mengarahkan penangkapannya dan kemudiannya dibebaskan pada 1971 semasa zaman pemerintahan Anwar Sadat. Kemudian, berpindah ke Arab Saudi kerana bekerja. Kembali ke Mesir dan menjadi Mursyidul Am menggantikan Mustafa Masyhur. Allahyarham meninggal dunia pada Januari 2004
7) Muhammad Hilal
Mursyidul Am sementara selama seminggu (9 Januari-16 Januari 2004) sebelum pelantikan Mahdi Akif. Beliau ditangkap kali pertama pada tahun 1948 hingga 1950. Kemudian, ditangkap semula pada tahun 1965 hingga 1970. Allahyarham meninggal dunia pada tahun 2009
8) Mahdi Akif
ditangkap pada tahun 1954 dan dihukum gantung, tetapi 'diringankan' kepada penjara seumur hidup dengan membuat kerja-kerja berat dalam penjara. Dibebaskan pada tahun 1974 iaitu 20 tahun selepas itu! Berpindah ke Arab Saudi dan dilantik sebagai penasihat WAMY dan kembali ke Mesir pada tahun 1986. Pada tahun 1987, dilantik menjadi anggota maktab irsyad. Pada tahun 1996, Mahkamah Tentera menangkapnya dan menghukumnya penjara 3 tahun. Menjadi Mursyidul Am pada Januari 2004 hingga Januari 2010
Gambar Mursyidul Am Ikhwan (dari kanan): Imam Hasan Al-Banna, Hasan Hudhaibi, Umar Tilmisani, Hamed Abu Naser, Mustafa Masyhur, Ma'mun Hudhaibi, Muhammad Hilal, Mahdi Akif dan Muhammad Badie'
"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)"
(61:8)
No comments:
Post a Comment