Pages

Palestin



Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah s.w.t kerana memberi kekuatan kepada saya untuk menyelesaikan kerja-kerja penterjemahan dan kajian mengenai ringkasan garis masa sejarah Palestin. 

Isu Palestin adalah satu isu yang amat besar, sangat-sangat wajar dititik beratkan oleh umat Islam. Ia bukan sekadar isu rakyat Palestin atau dunia Arab, tetapi ia merupakan isu UMAT ISLAM seluruhnya! 

Sejauh manakah kecaknaan dan sensitiviti kita terhadap isu ini?

Cuba kita bayangkan kalau seorang yang tak dikenali memasuki rumah kita dengan bersenjata, kemudian menyeksa kita dengan seberat-berat seksaan, menghalau kita dari rumah kita dan seterusnya melakukan apa sahaja perkara sesuka hati di rumah kita dengan penuh rakus serta sewenang-wenangnya?! Tentu kita takkan berdiam diri!

Begitulah yang sepatutnya perasaan kita terhadap Palestin!
Hakikatnya Palestin merupakan tanah wakaf milik umat Islam sehingga Hari Kiamat!
Kiblat pertama umat Islam!
Tanah yang diberkati sekelilingnya!  
Apa lagi yang kita inginkan?!

Tidakkah kita menghayati sabda Rasulullah s.a.w? :

عن أبي موسى الأشعري ـ رضي الله عنه ـ عن النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ قال
المؤمن للمؤمن كالبنيان ، يشد بعضه بعضاً ، ثم شبك بين أصابعه

“Orang mukmin itu bagi mukmin lainnya seperti bangunan, sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain. Kemudian Nabi Muhammad menggabungkan jari-jari tangannya." 



عن النعمان بن بشير رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال
 مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد إذا اشتكى شيئا تداعى له 
سائر الجسد بالسهر والحمى

 "Perumpamaan orang mukmin dalam berkasih-sayang, kasihan dan simpati adalah ibarat satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh anggota lain turut berjaga malam dan demam."


Oleh itu, marilah sama-sama kita berazam dan berusaha untuk menyumbang semampu yang boleh untuk menjadi salah satu asbab kemenangan Islam di Palestin.

Sedikit sebanyak ringkasan sejarah Palestin.

638M
Pembukaan Al-Quds serta seluruh Palestin oleh Umar Al-Khattab
1099M
Tentera Salib menjajah Al-Quds dan menyembelih Muslimin dan Yahudi
1187M
Solahuddin Al-Ayyubi membebaskan Al-Quds dan Palestin
1516M
Palestin dimasukkan ke bawah pemerintahan Khilafah Uthmaniyah
1882M
Hijrah pertama Zionis ke Palestin
1897M
Persidangan Zionis Pertama yang memutuskan untuk mendirikan sebuah Negara Israel
1917M
         -  Perjanjian Balfour (kenyataan rasmi dasar kerajaan British yang menyokong penubuhan negara orang Yahudi di Palestin dengan syarat tidak merugikan hak-hak sivil dan agama masyarakat bukan Yahudi di Palestin atau hak-hak dan status yang dinikmati oleh bangsa Yahudi di negara lain)
         - Sebagai isyarat "simpati kepada aspirasi Zionis Yahudi."

1920M
Mandat British ke atas Palestin (Mandat Liga Bangsa-bangsa yang dirangka oleh kuasa Bersekutu dan sekutunya selepas Perang Dunia Pertama dan secara rasmi diluluskan oleh Liga Bangsa-Bangsa pada tahun 1922. Dengan kuasa yang diberikan dibawah mandat tersebut, Britain memerintah Palestin pada tahun 1920-1948 dan dalam sejarah kawasan itu dirujuk sebagai Mandat British)
1929M
Arab merencanakan beberapa revolusi menentang Penjajahan dan Pendudukan Yahudi
1945M
Pelampau Zionis mengebom kediaman penguasa British di Hotel King David, dan membunuh perantara UN
1947M
Resolusi UN untuk membahagikan Palestin kepada 2 negara; Arab dan Yahudi, Liga Arab menolaknya dan menyokong penyelesaian satu negara yang diketuai oleh majoriti Arab, yang merangkumi kawasan Yahudi dan Arab
1948M
          - Penubuhan ‘Entiti Zionis’ secara rasmi (Nakbah).
         - Perang Arab-Israel 1948 (Jordan,Mesir,Syria,Lubnan dan Iraq) yang mana Israel telah berjaya mengalahkan negara-negara Arab
        -  Penghijrahan penduduk Palestin
1956M
Serangan Tiga Pihak (Krisis Suez)
-          Satu serangan ketenteraan ke atas Mesir oleh Britain, Perancis, dan Israel yang bermula pada 29 Oktober 1956
-          Israel menarik balik penjajahan ke atas Suez atas tekanan UN
1964M
Penubuhan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO)
-          Gabungan parti-parti di Palestin yang diiktiraf oleh Liga Arab sebagai wakil penduduk Palestin
-          Pada awal penubuhan, PLO berhasrat menghapuskan negara Israel melalui tindakan bersenjata
-          Piagam PLO pertama menekankan pemusnahan Israel, hak pulang ke Palestin serta kebebasan penduduk Palestin
-          Kini, PLO menegaskan penyelesaian konflik Arab-Israel melalui dua negara (two-state solution) dengan syarat:
i) pengembalian hak penduduk Palestin
ii)penetapan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara Palestin


1967M
Perang Enam Hari (Perang Arab-Israel 1967)
-          Peperangan antara Israel dan negeri-negeri Arab; Mesir, Jordan, Iraq dan Syria
-          Kekuatan Israel : 50,000 askar (264,000 termasuk askar simpanan yang disuruh bersiap sedia); 197 pesawat penempur
-          Kekuatan Arab : 280,000 askar (Mesir 150,000; Syria 75,000; Jordan 55,000); 812 pesawat penempur
-          Korban Israel : 779 kematian, 2,563 kecederaan, 15 tawanan (pengorbanan rasmi)
-          Korban Arab :  21,000 kematian, 45,000 kecederaan, 6,000 tawanan, melebihi 400 pesawat dimusnahkan (anggaran)
-          Israel berjaya menguasai Jalur Gaza, Semenanjung Sinai, Tebing Barat, dan Bukit Golan
-          Resolusi PBB 242
1968M
Penubuhan Barisan Pembebasan Popular Palestin (PFLP)
-          Organisasi politik dan ketenteraan Palestin bersifat Marxisme-Leninisme, sekular, nasionalisme
-          Organisasi kedua terbesar selepas Fatah
1969M
Pemilihan Yaser Arafat sebagai Presiden PLO
1970M
Perang Atrisi (The War of Attrition)
-          Perang antara Israel dan Mesir
-          Rentetan daripada Perang Enam Hari
-          Presiden Mesir Gamal Abdul Nasser meyakini hanya kekuatan militer yang mampu mengusir Israel
-          Perang berlanjutan hingga Ogos 1970, dan berakhir dengan gencatan senjata
1971M
Organisasi Hitam September (Black September Organization) membunuh Wasfi At-Tal PM Jordan
1972M
Sukan Olimpik di Munich: Pembunuhan 11 atlit Yahudi, penyerang menjadikan 9 orang Israel tebusan dan menuntut pembebasan 234 tahanan Arab dari penjara Israel dan dua orang Arab yang dipenjarakan di Frankfurt
1973M
Perang Oktober (Perang Yom Kippur/Perang Arab-Israel 1973/Perang Ramadan)
-          Pertempuran Israel dengan pakatan Mesir dan Syria
-          Tentera mereka bersama-sama melancarkan serangan mengejut pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur; tentera Syria menyerang kubu di Dataran Tinggi Golan, manakala tentera Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Semenanjung Sinai
-          Arab Saudi mengisytiharkan sekatan minyak terhadap Amerika Syarikat
1974M
-          Yasir Arafat menjadi perwakilan pertama daripada agensi bukan kerajaan berucap dalam sidang Perhimpunan Agung UN
-          Antara kata-kata Arafat yang sangat popular, "Sebelah tangan mempertahankan dahan pokok zaitun dan sebelah tangan lagi memegang senapang milik pejuang keamanan. Jangan sampai dahan tersebut terlepas daripada genggaman saya."
-          Dengan tekanan daripada segolongan Palestin "tegar" hard-liners, Arafat berrpegang teguh pada penolakannya untuk mengiktiraf kewujudan Israel (kerana itu beliau dianggap melanggar dua resolusi Majlis Keselamatan UN)

1975M
Perang Saudara di Lubnan
1977-1978M
-          Presiden Mesir, Anwar Sadat menziarahi Al-Quds secara mengejut
-          Perjanjian Camp David
i)                    Ditandatangani oleh Presiden Mesir Anwar Sadat dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin pada 17 September 1978
ii)                   Dua perjanjian telah ditandatangani di Rumah Putih, dan telah disaksikan oleh Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter
iii)                 Membawa kepada Perjanjian Damai Israel-Mesir 1979
iv)                 Sadat dan Begin berkongsi menerima Hadiah Keamanan Antarabangsa (Nobel Peace Prize)
1981M
Pembunuhan Anwar Sadat
1982M
Penyembelihan Sabra dan Shatila
Zionis menyerang Lubnan, menjajah Beirut. Menghalau PLO ke Tunisia dan lain-lain Negara Arab
Penyembelihan Himma, Syria pada 2 Februari
1987M
Intifadhah Pertama
-          Bermula di kem pelarian Jabalia dan dengan pantas merebak ke seluruh Genting Gaza, Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur
-          Tindakan rakyat Palestin termasuklah keingkaran awam tanpa kekerasan dan gerakan penentangan. Terdapat mogok umum, boikot barangan Israel, keengganan membayar cukai, grafiti dan rebat, tetapi tunjuk perasaan yang disertai balingan batu oleh remaja terhadap Pasukan Pertahanan Israel (IDF)
-          Korban 164 orang Israel; 53 penduduk awam Israel dibunuh oleh Palestin di dalam Israel, 47 peneroka Israel dibunuh oleh Palestin, 60 pasukan keselamatan Israel dibunuh oleh Palestin
-          Korban 2,162 Palestin; 1,087 Palestin dibunuh oleh pasukan keselamatan Israel, 75 Palestin dibunuh oleh penduduk awam Israel, Kira-kira 1,000 orang Palestin dibunuh oleh Palestin (dituduh bekerjasama atau memberi maklumat kepada Israel)
1991M
·         Perang Teluk Kedua
-          Pasukan Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu menentang Iraq sebagai tindak balas ke atas serangan Iraq ke atas Kuwait
-          Majoriti pasukan tentera disumbangkan oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom
-          Hasilnya, kemenangan Pasukan Bersekutu dan pengunduran pasukan tentera Iraq dari Kuwait
·         Konfrens Madrid
-          Usaha untuk memulakan perdamaian antara Israel-Palestin serta Negara-negara Arab lain (Jordan,Syria dan Lubnan)
1993M
Perjanjian Oslo
-          Secara rasminya disebut "Perisytiharan Prinsip-Prinsip Persediaan Pemerintahan Sendiri Secara Sementara"
-          Satu batu tanda dalam penyelesaian konflik Israel-Palestin
-          Persetujuan bersemuka langsung yang pertama antara kerajaan Israel dan Palestin
-          Secara rasmi ditandatangani di Washington, D.C. pada 13 September 1993 oleh Mahmoud Abbas yang mewakili Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Shimon Peres yang mewakili Israel
-          Disaksikan oleh Warren Christopher dari Amerika Syarikat dan Andrei Kozyrev dari Rusia, di depan Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton, Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin dan pengerusi PLO Yasser Arafat
-          Sehingga hari ini, Perjanjian Oslo ini tidak lagi bermakna kerana pihak Israel sering kali memecahkan perjanjian dengan cuba meluaskan tanah penempatan haramnya di tanah penempatan rakyat Palestin selain melakukan serangan tidak berperikemanusiaan kepada Palestin keseluruhannya
1994M
Hasil perjanjian damai, Yasser Arafat, Yitzhak Rabin dan Shimon Peres mendapat Hadiah Keamanan Nobel, kononnya sebagai tanda "penghormatan kepada tindakan politik yang amat memerlukan keberanian kedua-dua pihak, serta membuka peluang untuk perkembangan baru ke arah persaudaraan di Timur Tengah"
1995M
Pembunuhan Yitzhak Rabin oleh seorang pelampau Yahudi
1996M
Pencalonan Yasser Arafat sebagai Presiden Kerajaan Palestin. Hamas memulakan operasi syahid
1998M
Yasser Arafat dan Netanyahu menandatangani Memorandum Sungai Wye, AS sebagai perantara
1999M
Kejatuhan Netanyahu. Presiden Zionis baru, Ehud Barak menandatangani Memorandum Sungai Wye II. AS dan Jordan menjadi perantara
2000M
Intifadhah al-Aqsa (Intifada Kedua)
-          1,024 penduduk Israel terbunuh
-          4,219 penduduk Palestin terbunuh
-          Kematian budak 12 tahun Palestin Muhammad al-Durrah dalam tahun 2000 mendapat tempat di media Arab dan dunia kerana kekejaman tentera Israel
2001M
Sharon menjadi PM Zionis
Kerajaan Zionis membalas pengeboman berani mati Palestin dengan mengebom beberapa Bandar Palestin
2002M
Yasser Arafat beredar dari kediamannya di Ramallah setelah dikepung selama sebulan
2003M
AS menjajah Iraq dan menangkap Saddam Hussein
2004M
Kematian Yasser Arafat
Mahmoud Abbas menjadi pengerusi majlis eksekutif PLO sejak 11 November 2004, selepas Yasser Arafat meninggal dunia
2005M
Pembunuhan beramai-ramai Beit Lahia
Pilihanraya Perundangan
Israel beredar dari Gaza
2006M
Sharon dimasukkan ke Hospital Hadassa kerana menghidap pendarahan otak
Strok sehingga kini
Hamas memenangi Pilihanraya Majlis Perundangan Palestin
Penculikan askar Israel, Gilad Shalit yang menyebabkan Universiti Islam Gaza dibom oleh Zionis
Serangan ke atas Gaza
Penyembelihan Beit Hanun pada 8 November, kesyahidan 19 penduduk awam dan 40 orang cedera. Zionis mendakwa ia sebagai balasan serangan roket 
2007M
Perjanjian antara Fatah dan Hamas yang diadakan di Mekah pada 8 Februari untuk membentuk Kerajaan Perpaduan
Hamas menguasai Gaza
Persidangan Annapolis pada 27 November
-          Matlamat persidangan bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin
-          Hasil rundingan itu ialah Palestin adalah tanah air untuk rakyat Palestin manakala Israel adalah tanah air untuk rakyat Yahudi
-          Hamas dan Ali Khamenei dari Iran memboikot persidangan ini
-          Hamas mengadakan demonstrasi di Semenanjung Gaza pada 23 November
-          Aktivis dan pertubuhan Yahudi pula menentang sebarang cadangan untuk menyerahkan walau sekelumit tanah Baitulmuqaddis untuk dijadikan ibu negara Palestin
2008M
Kematian George Habash di Amman
-          Seorang rakyat nasionalis Palestin
-          Penganut Kristian Palestin, telah dilabel sebagai pengganas oleh barat
-          Beliau adalah Setiausaha Agung Barisan Pembebasan Popular Palestin. Beliau juga mempelopori serangan ke atas Israel menggunakan taktik kaedah serangan dari pesawat ala Timur Tengah
Kematian  Mahmoud Darwish, seorang penulis dan penyair kebangsaan Palestin
Tamatnya perdamaian yang di anjur oleh pihak Mesir pada 19 Disember 2008 dan sekatan ekonomi oleh pihak Israel, warga Palestin di Semenanjung Gaza tidak mendapat bekalan makanan dan fasiliti lain seperti gas, bekalan elektrik, air, ubat dan pelbagai barangan lain
-          Pada 27 Disember 2008, Israel telah melancarkan satu siri serangan udara, dikenali dengan nama Operation Cast Lead (Pembunuhan beramai-ramai Gaza)
-          Operasi besar ini bermula dengan pengeboman oleh pesawat pejuang F-16 dan helikopter AH-64 Apache dan ditentang oleh tembakan roket Qassam di kawasan komuniti selatan Israel
-          Kematian 1285 penduduk Palestin yang terdiri daripada pejuang, pasukan keselamatan dan orang awam
-          Berlanjutan selama 22 hari
2009M
Serangan darat ke atas Gaza
-          Israel beredar dari Gaza kerana tidak mencapai target
-          Jumlah kematian sejak Disember 2008 kira-kira 5000, kecederaan 8000 dan kemusnahan 20000 buah rumah
Obama menjadi Presiden AS
2010M
Pada 20 Januari, Agen Perisikan Mossad membunuh Mahmoud al-Mabhouh
-          Komander kanan tentera Hamas dan salah seorang pengasas Briged Izz ad-Din Al-Qassam di Gaza
-          Dibunuh di Hotel Al Bustan Rotana di Dubai, Emiriah Arab Bersatu selepas tiba dari Syria



اللهم طهر مسجد الأقصى من الرجس و ارزقنا فيه صلاة قبل الممات

2 comments: