Pages

Sunday 25 August 2013

Mesir Islamiah : Ibrahim Al-Ahmad

Sebuah nasyid khas yang digubah selepas Abdul-Fattah As-Sisi mengumumkan 'penggulingan Dr Muhammad Mursi' atau coup de tat atau rampasan kuasa oleh tentera. Nasyid yang membangkitkan semangat, penuh dengan makna dan prinsip yang teguh. Ia sedikit sebanyak membuka mata dan hati kita dalam memahami latar peristiwa yang berlaku dalam krisis yang melanda Mesir pada hari ini.

Munsyid (penasyid) bernama Ibrahim Al-Ahmad yang sangat popular dan digelar 'Munsyid Thaurah' atau Penasyid Revolusi Arab. Beliau telah menghasilkan banyak nasyid semenjak revolusi arab pada 2011. Nasyid-nasyidnya bekisar tentang revolusi arab secara am dan khas untuk beberapa buah negara seperti Mesir, Syria dan Palestin.

Beliau merupakan anggota kumpulan Al-Wa'ad, sebuah kumpulan yang popular sehingga kini dengan nasyid-nasyid semangat dan jihad yang mengangkat isu Palestin dan perjuangan Hamas. Selepas tercetusnya revolusi Syria, beliau bersama beberapa orang rakannya telah menubuhkan sebuah kumpulan nasyid yang dinamai Ghuraba Group, berfokuskan isu Syria dan revolusi rakyatnya menentang Bashar Asad.

Jom layan!


مصر اسلاميه مصر اسلاميه
Mesir untuk Islam (2x)

قولو للعالم مصر اسلاميه
 Katakan kepada alam Mesir untuk Islam

لا علمانيه لا علمانيه
Tiada tempat untuk sekular (2x)

قولو للعالم مصر اسلاميه
Katakan kepada alam Mesir untuk Islam

النا الشرعيه صاحت الاسودي النا الشرعيه
Syar’iyyah (legitimasi) merupakan hak kami, telah bangkit singa-singa (simbol thabat dan berani), Syar’iyyah (legitimasi) merupakan hak kami

بالعدويه بالعدويه وفت العهودي بالعدويه
Di adawiyyah (rabi’ah) (2x), janji telah kutepati di adawiyyah

ارجع لقصرك يا محمد مرسي ارجع لقصرك
Kembalilah semula ke istanamu wahai Mursi (2x)

من الله نصرك على موسى وسيسي من الله نصرك
 Pertolongan untukmu datang dari Allah, menentang Musa (Amru Musa) dan Sisi (Abdul Fattah Assisi), pertolongan untukmu datang dari Allah

يا مصري تحدى فلول الغدر يا مصري تحدى
Wahai rakyat Mesir, cabarlah puak-puak kudeta dan perampas kuasa yang pasti akan berambus

هالهجمه نصدا لعيونك مصر هالهجمه نصدا
Sesungguhnya rampasan kuasa ini akan dilumpuhkan, demi kemaslahatan Mesir rampasan kuasa ini akan dilumpuhkan

لا حكم العسكر بدنا ببلادي لا حكم العسكر
Tiada tempat untuk kudeta di Negara ini, tiada tempat untuk kudeta

الله اكبر بالساح ننادي الله اكبر

Allah Maha Besar! Di lapangan-lapangan kami melaungkan Allah Maha Besar!


Kemudian, sama-sama laungkan:

"Allah matlamat kami
Ar-Rasul tauladan kami
Al-Quran panduan kami
Al-Jihad jalan kami
Syahid di jalan Allah adalah cita tertinggi kami
Allahu Akbar wa Lillah Al-Hamd"

Wednesday 21 August 2013

Mujahid


Imam Hasan al-Banna mengatakan: “Saya dapat menggambarkan sosok mujahid adalah seorang yang sentiasa mempersiapkan dan membekali diri, berfikir tentang keberadaannya dalam segenap ruang hatinya. la selalu dalam keadaan berfikir. Waspada di atas kaki yang selalu dalam siap siaga. Bila diseru ia menyambut seruan itu.
Waktu pagi dan petangnya, bicaranya, keseriusannya, dan permainannya, tidak melanggar arena yang dia persiapkan untuknya. Tidak melakukan kecuali misinya yang memang telah meletakkan hidup dan kehendaknya di atas misinya. Berjihad di jalannya.
Anda dapat membaca hal tersebut pada raut wajahnya. Anda dapat melihatnya pada bola matanya. Anda dapat mendengarnya dari ucapan lidahnya yang menunjukkanmu terhadap sesuatu yang bergolak dalam hatinya, suasana tekad, semangat besar serta tujuan jangka panjang yang telah memuncak dalam jiwanya. Jiwa yang jauh dari unsur menarik keuntungan kecil di sebalik perjuangan.
Adapun seorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya, makan seluas mulutnya, tertawa selebar bibirnya, dan menggunakan waktunya untuk bermain dan kesia-siaan, mustahil ia termasuk orang-orang yang menang, dan mustahil tercatat dalam jumlah para mujahidin.”


Mursyid dan Penjara

Krisis di Mesir sedang mencapai klimaksnya. Penangkapan demi penangkapan dibuat ke atas pimpinan Ikhwan, dan yang terbaru pihak kudeta telah 'berjaya' menangkap Mursyidul Am Ikhwan yang ke-9 iaitu Dr Muhammad Badie'. 

Penangkapan ini mengingatkan saya kepada kata-kata Syeikhul Islam Ibn Taimiah rahimahullah :


ماذا يفعل بي أعدائي؟ إنَّ سجني خلوة ونفيي سياحـــة وقتلي شهــــادة

"Apa yang mampu dilakukan oleh musuh-musuhku? Ketahuilah sesungguhnya pemenjaraanku adalah khulwah (bersama dengan Allah), pengusiranku adalah siyahah (pelancongan) dan pembunuhanku adalah syahadah (mati syahid)"

Ketahuilah bahawa penangkapan dan pembunuhan yang dilakukan ke atas Ikhwan bukan pekara baru bagi mereka. Sejak zaman Jamal Abdul Nasir, Anwar Sadat dan Husni Mubarak, ratusan ribu anggota Ikhwan pelbagai peringkat telah diperlakukan sedemikian rupa. 

Saya ingin berkongsi sejarah 8 orang Mursyid yang telah berkali-kali dimasukkan ke dalam penjara dan tidak terkecuali Dr Muhammad Badie'.

1) Imam Hasan Al-Banna 

cubaan membunuhnya beberapa kali pada 1941,1946,1948 dan akhirnya dibunuh pada 12 Februari 1949 

2) Hasan Hudhaibi 

ditangkap pada Januari 1953 selama 3 bulan, kemudian ditangkap semula pada akhir 1954 dan dihukum gantung tetapi kemudiannya 'diringankan' kepada penjara seumur hidup dan dilepaskan pada 1961 atas faktor usia. Ditangkap semula pada 1965 dan dihukum penjara 3 tahun, namun dikeluarkan selepas 15 hari kerana sakit dan dibenarkan pulang ke rumah. Namun, firaun Mesir menangkapnya semula untuk 'melangsaikan' tempoh tahanannya sehinggalah 1971 dan meninggal dunia pada 1973

3) Umar Tilmisani 

ditangkap pada tahun 1948 dan dibebaskan, kemudian ditangkap semula pada 1954 dan dibebaskan pada akhir Jun 1971 (17 tahun!). Menggantikan Hasan Hudhaibi. Firaun Mesir menangkapnya semula pada tahun 1981 (umurnya ketika itu 77 tahun!). Allahyarham meninggal dunia pada tahun 1986 

4) Muhammad Hamed Abu Nasr 

ditangkap pada tahun 1954 dan dihukum penjara seumur hidup, kemudian dibebaskan pada tahun 1974 (20 tahun!). Menggantikan Umar Tilmisani pada 1986. Allahyarham meninggal dunia pada 1996

5) Mustafa Masyhur 

ditangkap pada 1948 dan dihukum penjara 3 tahun, kemudian ditangkap semula pada 1954 dan dikeluarkan dari penjara pada 1964 (10 tahun). Buat kali ketiga, firaun Mesir, Jamal Naser mengarahkannya untuk ditangkap semula pada 1965 dan dibebaskan pada 1971. Allahyarham meninggal dunia pada tahun 2002

6) Ma'mun Hudhaibi
 
pada tahun 1956, ditangkap oleh Zionis kerana penglibatannya dalam Perang Enam Hari dan enggan tunduk kepada kehendak Zionis. Pada tahun 1965, Jamal Naser mengarahkan penangkapannya dan kemudiannya dibebaskan pada 1971 semasa zaman pemerintahan Anwar Sadat. Kemudian, berpindah ke Arab Saudi kerana bekerja. Kembali ke Mesir dan menjadi Mursyidul Am menggantikan Mustafa Masyhur. Allahyarham meninggal dunia pada Januari 2004

7) Muhammad Hilal 

Mursyidul Am sementara selama seminggu (9 Januari-16 Januari 2004) sebelum pelantikan Mahdi Akif. Beliau ditangkap kali pertama pada tahun 1948 hingga 1950. Kemudian, ditangkap semula pada tahun 1965 hingga 1970. Allahyarham meninggal dunia pada tahun 2009

8) Mahdi Akif 

ditangkap pada tahun 1954 dan dihukum gantung, tetapi 'diringankan' kepada penjara seumur hidup dengan membuat kerja-kerja berat dalam penjara. Dibebaskan pada tahun 1974 iaitu 20 tahun selepas itu! Berpindah ke Arab Saudi dan dilantik sebagai penasihat WAMY dan kembali ke Mesir pada tahun 1986. Pada tahun 1987, dilantik menjadi anggota maktab irsyad. Pada tahun 1996, Mahkamah Tentera menangkapnya dan menghukumnya penjara 3 tahun. Menjadi Mursyidul Am pada Januari 2004 hingga Januari 2010 

Gambar Mursyidul Am Ikhwan (dari kanan): Imam Hasan Al-Banna, Hasan Hudhaibi, Umar Tilmisani, Hamed Abu Naser, Mustafa Masyhur, Ma'mun Hudhaibi, Muhammad Hilal, Mahdi Akif dan Muhammad Badie'


"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)"
(61:8)