Pages

Tuesday 24 April 2012

Back to Quran !



Saidina Uthman bin Affan r.anhu pernah mengatakan:

 لو أن قلوبنا طهرت ما شبعنا من كلام ربِّنا، وإني لأكره أن يأتي عليَّ يوم لا أنظر في المصحف

" Kalaulah hati kita ni betul-betul bersih, maka kita tidak akan pernah merasa kenyang dengan Kalamullah (Al-Quran), sesungguhnya aku amat benci jika hari-hariku berlalu tanpa melihat Mushaf (Al-Quran)"

Hari ni dah baca+tadabbur Al-Quran..?

Eh?

Kalaulah sehari boleh habis 500 m/s novel cinta .. eh2, novel motivasi lah! takkanlah 20 mukasurat Quran tak boleh nak baca dalam sehari? 

Kalaulah boleh 'spend' 3,4,5,6 jam depan 'MukaBuku'.. takkanlah tak boleh nak 'spend' 10 minit setiap kali lepas solat fardhu untuk 'MukaQuran'?


 continue reading and understanding!

"Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian." (17:82)


Ya Allah, jadikanlah Al-Quran sebagai penawar bagi hati-hati kami yang lalai, penerang bagi jiwa-jiwa kami yang kosong dari petunjuk, peneman setia di kala kami kesunyian, kesepian dan kesedihan. 




Sunday 22 April 2012

Madrasah Rasulullah s.a.w #1


Antara peringkat yang paling penting dalam sejarah dakwah dan tarbiyah adalah Zaman Mekah. Pada zaman inilah Rasulullah s.a.w membina rijal yang sifatnya core, tahan lasak dan ekstrim (yang positif). Zaman ini terbahagi kepada; Dakwah Sirriyyah (Sembunyi2) dan Dakwah Jahriyyah (Terang-terangan).

Dalam tempoh kira-kira 3 tahun selepas Kenabian, Rasulullah s.a.w memulakan dakwah baginda secara sirr (sembunyi2).

Siapa yang tidak tahu tentang permulaan dakwah Nabi s.a.w di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam???

'Style' (baca: Manhaj) yang Nabi s.a.w pakai pada peringkat ini mempunyai dua ciri keistimewaan:

  1.   Manhaj yang ‘pure’, bebas dari sebarang penyelewengan kesamaran. Satu-satunya sumber yang diguna  pakai dalam silibus adalah Quran dan Hadis
  2.  Manhaj yang ‘simple’, tiada cabang-cabang yang memeningkan dan tiada syariat yang pelbagai.
      Manhaj ini pula boleh dibahagikan kepada: 

       Teori
      
      1. Pendidikan Aqidah

  • Pembinaan Aqidah yang betul, tepat dan sejahtera
  • Menitikberatkan aspek ‘ruuhi’
  • Menanamakan rasa keimanan yang mendalam terhadap Islam
  • Menekankan aspek mengenal Allah, Rasul, Kitab dan Hari Akhirat

Inilah asas pembinaan ‘Qaedah Sulbah’ (‘coregroup’ dakwah).

Teks surah Makkiyah pula berkisar tentang;

  • Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma wa Sifat
  • Khabar dan perbicaraan Hari Akhirat, Syurga, Neraka dan alam ghaib
2. Pendidikan Akhlak
  • Menanamkan akhlak mulia dalam diri setiap muslim
  • Penyucian hati (tazkiyah)
  • Pembersihan hati dan anggota dari dosa dan maksiat
  • Menyeru untuk mempraktikkan akhlak yang mulia dan sentiasa mengaitkannya dengan redha Allah dan syurga (targhib)
Hasilnya, terbinalah satu masyarakat yang miskin dengan harta, tetapi kaya dengan akhlak mulia.

Perkara ini disimpulkan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabda baginda:

"إِنَّمَا بُعْثِتُ لأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاقِ"
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan ketinggian akhlak”

3. Pendidikan melalui Sejarah

Kisah dakwah Nabi-nabi, umat-umat terdahulu, kesudahan bagi ‘group baik’ dan balasan bagi ‘group jahat’.

Hal ini kerana Sunnatullah (ketetapan Allah) tidak sekali-kali akan berubah! Belajar Sirah (baca:sejarah) membuatkan kita seolah-olah melihat masa depan.

Formulanya sama, kesudahannya sama dan balasannya juga sama.

"Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu." (35:43)


Praktikal

1. Mendidik mengerjakan Solat

Inilah tiang agama, jika didirikan, terdirilah agama dalam diri, jika dirobohkan, ranaplah agama dalam diri. Namun, pada awal zaman Mekah, solat hanya disyariatkan 2 kali sehinggalah berlakunya Isra dan Mikraj pada akhir-akhir zaman Mekah.

2. Mendidik berQiyamullail

Aspek yang paling penting perlu ada pada diri setiap muslim yang bergelar ‘penyeru’. Generasi awal yang memeluk Islam mempunyai bekalan yang cukup untuk memikul beban dakwah melalui Madrasah Malam. Inilah seagung-agung pembinaan iman!  

"Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan." (73:5-6)

3. Mendidik berDakwah

Tanggungjawab dakwah telah dipikul oleh seluruh muslim pada zaman ini. Mereka melakukannya berdasarkan situasi dan keadaan masing-masing. Secara umumnya, setiap ketua keluarga akan memastikan keluarganya mengamalkan nila-nilai yang diajar Islam secara menyeluruh. Inilah seutuh-utuh institusi kekeluargaan!

"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" (26:214)

Secara umumnya, peringkat dakwah ini tidak terdedah kepada sebarang penentangan yang dahsyat daripada kaum musyrik Mekah. Ini kerana umat Islam pada ketika ini tak 'kacau line' mereka secara terang-terangan. Mereka hanya melaksanakan ibadah-ibadah khusus tanpa menyeru untuk meruntuhkan berhala, menghapuskan agama nenek moyang dan melarang pengamalan adat istiadat jahiliah.






Sunday 8 April 2012

Muslim Terbaik!

Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.anhu pernah berkata:

ليتني كنتُ شجرة تُعَضّد ثم تؤكل
Alangkah baiknya kalau aku jadi pokok, ia mengukuhkan kemudian dimakan


Inilah sebenar-benar sifat yang perlu ada pada diri seorang yang nak 'mention' dirinya muslim.

Jadilah ibarat pokok, mengukuhkan akarnya agar nanti membuahkan hasil yang memberi manfaat kepada sekalian alam.

Akar yang perlu dikukuhkan adalah iman manakala buahnya pula ilmu dan amal.

Bukankah sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanfaat kepada manusia lain?


rindunya durian...:)


"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu beringat." (14:24-25)

Jom jadi Muslim yang muslim! (M=kata nama, m=kata kerja)

Tuesday 3 April 2012

Warkah buat Sahabat


التربية بالأحداث

Ya! Allah mendidik hamba-Nya dengan peristiwa, kejadian, musibah dan mihnah.

Allah juga mendidik manusia dengan minhah (pemberian).

Kesemuanya tidak lain dan tidak bukan hendak menguji siapakah dalam kalangan hamba-Nya ‘yang paling baik amalannya’? (67:2)

Saudaraku yang dikasihi,

Apakah kata-kata nasihat dan motivasi yang lebih berkesan, menusuk dan lebih baik daripada motivasi Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w?

Mari sama-sama kita renung firman Allah s.w.t :

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (2:155-157)

Itu memang jaminan Allah. Kehidupan dunia ini memang sentiasa dipenuhi dengan kepahitan kerana syurga itu dipenuhi dengan kemanisan.

Pada permulaan ayat Allah menggunakan perkataan SUNGGUH! Manakala bentuk-bentuk ujian yang disebut pula dimulai dengan perkataan SEDIKIT!


Ya! SUNGGUH Aku (Allah) akan menguji hamba-Ku dengan SEDIKIT ujian! Kerana hakikatnya Allah menginginkan sesuatu untuk hamba-Nya, ia berupa keberkatan yang sempurna, rahmat dan petunjuk. 

Wah, tidak riang ke kita mendengar? Apakah perkara yang lebih besar kita harapkan di dunia ini melainkan keberkatan, rahmat dan petunjuk dari Allah?

Ingatlah, sebesar mana pun ujian yang menimpa kita, jangan lupa bahawa besar lagi Pemberi ujian tersebut!

**************************************

Kenapa Allah mendidik kita dengan peristiwa?
‘ Kerana, ramai orang akan terkesan dengan didikan peristiwa, yang Allah dah aturkan untuk dirinya. Lain orang, lain ujiannya, dan kesemua itu, Allah datangkan untuk membaiki diri kita, menjadikan diri kita yang lebih baik dari sebelum ini.’ (quoted from Muharikah)

*************************************



Saudaraku yang disayangi,

Mari kita selam lagi motivasi daripada Quran:
“Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.” (3:186)
Bersabarlah wahai saudaraku.

Apakah kita lupa akan Saranan dan Janji Allah buat hamba-Nya?:
“Dan bersabarlah, karena sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.” (11:115)

“Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar..” (30:60)

“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (31:17)

“Maka bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya janji Allah itu benar..” (40:55)

---------------------------------------------------------------------

Yakinlah wahai saudaraku, ujian yang Allah timpakan buat hamba-Nya merupakan Anugerah, bukan Musibah!
Yakinlah wahai saudaraku, ujian yang Allah timpakan buat hamba-Nya merupakan sumber Kekuatan, bukan Kelemahan!
dan
Yakinlah wahai saudaraku, ujian yang Allah timpakan buat hamba-Nya merupakan Pendidikan, bukan Pembalasan!

Dan sudah tentu kita yakin dengan firman Allah, Dia tidak sekali-kali akan menguji kita melainkan dengan sesuatu yang ‘fit’ dengan saiz iman kita.

-------------------------------------------------------


Saudara tentu ingat kisah Ummu Salamah, di kala kematian suaminya yang tercinta, Abu Salamah yang mana baginya tiada seorang muslimin pun ketika itu (kecuali Rasulullah s.a.w) lebih baik daripada suaminya! Ummu Salamah di kala teramat sedih, hanya mengungkapkan nasihat yang diajar oleh Rasulullah s.a.w:

إنا لله وإنا إليه راجعون : اللهم أجرني في مصيبتي ، واخلف لي خيرا منه
“Dari Allah kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali. Ya Allah, berilah ganjaran kepadaku di atas musibah ini, dan gantikanlah aku dengan gantian yang lebih baik.”

Gantian apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya? Rasulullah s.a.w yang melamar beliau selepas itu!




Saudaraku, 

Perkara ini sudah tentu tidak berlaku jika kita sering berasa kalah dengan ujian Allah. Ia juga tidak berlaku secara ‘magic’, tetapi ia berlaku setelah kita lepas saringan atau tapisan Allah ini, dengan Sabar, Redha dan Yakin dengan percaturan Allah!   


Oleh itu wahai saudaraku, tabahlah menghadapi ujian Allah ini! Saya yakin anda seorang yang berjiwa besar, bercita-cita tinggi dan bersemangat ‘super saiya’! Jangan sekali-kali mengalah dengan mihnah! Yakinlah, Allah tidak akan beri mihnah melainkan selepasnya ada hikmah!

Akhir sekali, mari kita renung: 

'Allah, akan berterusan memberikan ujian, sehinggalah pada satu masa, hamba-Nya itu takkan dapat minta pertolongan pun dari manusia. Dan semua manusia takkan dapat menolong dia pun. Sehinggalah hamba-Nya itu akan hanya berpaling dan meminta pertolongan dari Dia sahaja.'




Salam Mujahadah buatmu saudaraku.

Sunday 1 April 2012

Jom Munajat !


Pernah salah seorang murid Imam Ahmad bin Hanbal bertanya :

 “ Wahai Abu Abdullah! Apa pendapat kamu terhadap puisi yang menyebutkan tentang syurga dan neraka?”

Imam Ahmad bin Hanbal menjawab: “Contoh seperti puisi mana?”           

Muridnya menjawab: “Seperti yang diucapkan oleh pemuisi-pemuisi (membacakan syair di bawah):


إذا ما قال لـي ربـى أمـا استحييـت تعصينـي           *****            وتخفى الذنب عن خلقـى وبالعصيـان تأتينـى
Jika Tuhanku bertanya kepada ku Tidak malukah kau bermaksiat kepada-Ku?
Kau sembunyikan dosamu dari pandangan makhluk-Ku dan datang pada-Ku dengan penuh dosa

فكيف أجيب يا ويحى ومن ذا سوف يحمينى        *****         أسلـى النفـس بالآمـال مـن حيـن إلـى حـيـن
Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang? Dan siapalah yang dapat selamatkanku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa

وأنسـى مـا وراء المـوت مـاذا بعـد تكفيـنـى          *****          كأنى قد ضمنت العيش ليـس المـوت يأتينـى
Dan aku sering melupakan apa yang bakal aku lalui lepas mati dan selepas dikafankan
Seolah-olah aku dah dijamin akan hidup selamanya, seakan-akan mati itu takkan datang

وجاءت سكرة الموت الشديدة من سيحمينى        *****        نظرت إلى الوجوه أليس منهم من سيفدينـى
Dan sakaratul maut datang padaku dengan ngeri. Nah, siapa yang akan melindungiku?!
Aku melihat pada wajah-wajah orang lain, ada ke yang akan menebusku?

سأسـأل مـا الـذى قدمـت فـى دنيـاى ينجينـى           *****      فكيف إجابتى مـن بعـد مـا فرطـت فـى دينـى
Aku akan disoal apa amal yang telah aku buat di dunia yang boleh menyelamatkanku?
Bagaimana aku nak jawab setelah aku abaikan agamaku?

ويـا ويـحـى ألــم أسـمـع كــلام الله يدعـونـى            *****       ألم أسمـع لمـا قـد جـاء فـى قـاف و ياسيـن
Celakanya aku! Tidakkah aku (dahulu) mendengar ayat-ayat Allah?
Tidakkah aku mendengar apa yang telah diceritakan dalam (surah) Qaf dan Yasin?

ألم أسمع بيوم الحشـر يـوم الجمـع والديـن               *****       ألـم أسمـع منـادى المـوت يدعونـى ينادينـى
Tidakkah aku mendengar mengenai hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari qiamat?
Tidakkah aku mendengar panggilan maut yang menyeru dan menjemputku?

فـيــا ربـــاه عـبــد تـائــب مـــن ذا سيـؤويـنـى            *****      ســوى رب غـفـور واســع لـلـحـق يهـديـنـى
Wahai Tuhanku! Seorang hamba datang bertaubat, siapa lagi yang boleh melindunginya?
Selain Tuhan yang Maha Luas pengampunan-Nya, memberi petunjuk kepadaku dengan kebenaran

أتيـت إليـك فارحمـنـى وثـقـل فــى موازيـنـى             *****      وخفف فى جزائى أنـت أرجـى مـن يجازينـى
Aku telah datang pada-Mu, maka aku memohon supaya kasihanilah diriku dan beratkan neracaku
Dan ringankan (percepatkan) hisabku, kerana Engkaulah sebaik-baik Penghisab

Imam Ahmad berkata: “Ulangi sekali lagi!”

Muridnya berkata: “Lalu aku ulangi sekali lagi,”

Lalu beliau (Imam Ahmad) bangun dan memasuki rumahnya serta menutup pintu. Ketika itu aku mendengar suara tangisannya dari dalam rumah dan beliau mengulang-ngulangi syair tadi.

Lalu, aku bertanya pada diriku: 

Pernahkah aku menangis atas dosa-dosaku? 

Pernahkah aku menangis mengenangkan kewajipan-kewajipan yang diabaikan?


Perindu munajat malam





Serta merta, teringat sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi:

عينان لا تمسهما النار، عين بكت من خشية الله، وعين باتت تحرس في سبيل الله

"Dua mata yang tidak akan disentuih oleh api neraka ; mata orang yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga kerana berjuang di jalan Allah."

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim (mengenai 7 golongan yang mendapat naungan Allah):

 ..ورجل ذكر الله خالياً ففاضت عيناه..

"..dan seseorang yang mengingati Allah di kala sendirian, lalu berlinanganlah air matanya.."

Ya Allah, hadirkanlah ke dalam hati-hati kami rasa cinta kepada-Mu dan takut akan azab seksa-Mu. Kurniakanlah kepada kami keredhaan-Mu dan syurga-Mu. 

Sheikh Muhammad Ahmad ar-Rasyid


الداعية المربي عبد المنعم صالح العزي


        Seorang Da'ie, dalam masa yang sama seorang Murabbi agung. Apabila membaca tulisan-tulisannya, tersentaplah hati-hati yang lalai, jiwa-jiwa yang kosong dan pemikiran-pemikiran yang songsang. Karya-karyanya menjadi rujukan pendokong-pendokong dakwah dan harakah islamiyah. Berikut merupakan serba ringkas biografinya ;
  • Kuniyahnya Abu Ammar (nama haraki: Muhammad Ahmad Ar-Rasyid)
  • Lahir di Baghdad pada 8 Julai 1938 dari keluarga Bani Izz, keturunan Ubadah dari Amir bin Sa’sa’ah.
  • Pengajian rendah di Tatbiqat dar Muallimin, antara sekolah yang terkemuka di Iraq. Sejak umur 8 tahun telah membaca majalah-majalah kesasteraan atas dorongan abangya.
  • Mengenali Ikhwan pada umur 13 tahun, bekerja secara rasmi bersama Ikhwan di Iraq semenjak pemerintahan beraja sebelum revolusi pada tahun 1958.
  • Pada bulan Mei 1953, menggabungkan diri bersama Ikhwan.


Kesarjanaan
Berguru dengan beberapa ulama terkemuka aliran salaf. Antaranya:
  • Syeikh Abdul Karim (Hadis)
  • Syeikh Dr Taqiyuddin Al-Hilaly (Ulum Hadis)
  • Syeikh Muhammad Al-Kurdi (Ilmu Fiqh)
  • Syeikh Amjad Az-Zahawi (ketua persatuan ulama’ Iraq)


Hijrahnya

Keluar dari Iraq ke Kuwait (1972) atas faktor keselamatan. Bekerja di Kuwait sebagai editor ‘Majalah Al-Mujtama’ yang diterbitkan oleh ‘Jam'iyyah Islah’; di situlah beliau menulis artikel-artikelnya berkaitan ‘Ihya Fiqh Dakwah’.

Berhijrah ke UAE dan telah dijemput untuk menyampaikan daurah-daurah dan pengajian-pengajian di serata tempat; sehinggalah kini beliau masih lagi berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain; Malaysia, Eropah dan sebagainya untuk menyampaikan ceramah dan pengajian dan menghidupkan Fiqh Dakwah dalam kalangan duat dan menyebarkan ilmu syariah.



Karya
·        
           Ilmu Dakwah
i)                    Al-Muntalaq
ii)                   Al-Awaiq
iii)                 Ar-Raqaiq
iv)                 Sinaa tul Hayah
v)                  Al-Masaar
vi)                 Rasail ul Ain
·         
      Ilmu Syariah
i)                    Mempertahankan Abu Hurairah
ii)                   Tahzib Madarij Salikin
iii)                 Tahzib Aqidah Tohawiyah

Di samping
  • Artikel-artikel di Majalah Mujtama’
  • Syarahan-syarahan di seminar
  • Manhaj Tarbiyah Dakwiyah (1 jilid)
  • Al-Fiqh al-Lahib, Tahzib kitab Al-Ghiyathi oleh Al-Juwaini
  • Sirotuna al-Mustaqim, merupakan risalah terawal dalam rantaian nasihat-nasihat duat, silsilah terbaru yang merangkumi nasihat dalam Fiqh Dakwah dan dianggarkan insha Allah merangkumi 70 risalah dan ke atas
  • Afaaq ul Jamal, risalah kedua dalam rantaian nasihat-nasihat duat
  • Sebahagian syarikat penerbitan di Turki menerbitkan terjemahan buku-buku Ihya Fiqh Dakwah, dan Al-Muntalaq juga telah diterjemah ke Bahasa Melayu dan Tamil, manakala Al-Masaar akan diterjemahkan ke Bahasa Melayu dalam masa terdekat, dan sedang dalam proses penterjemahan ke Bahasa Perancis, Rusia dan China di samping Inggeris dan Parsi.


Karya-karya terbaru:
  • Ensiklopedia Petunjuk Perkembangan Dakwah dan Jihad (5 jilid)
  • 30 lagi risalah daripada nasihat-nasihat duat 
  • Harakat Hayah
  • Ihya ul Ihya, tahzib Ihya Ulumuddin


Sebahagian buku karya beliau


Nasihat

لا تعلموا إخوانكم كثرة اللعب والمباريات والأسفار، والقضايا المهرجانية ، فهذه تنحت من أوقات الجد ، وأفضل أن يتعلموا العلم الشرعي وأن يأخذوا الطريق الجدي 
أكثر من ذلك


“Janganlah mengajar ikhwah-ikhwah kamu banyak permainan, pertandingan dan bersiar-siar serta konsert dan festival, kerana ia banyak membocorkan waktu-waktu kesungguhan, sebaiknya kamu isi masa-masa kamu dengan meningkatkan ilmu syariah serta bersungguh-sungguh mempelajarinya.”