Pernah salah seorang murid Imam Ahmad bin
Hanbal bertanya :
“
Wahai Abu Abdullah! Apa pendapat kamu terhadap puisi yang menyebutkan tentang
syurga dan neraka?”
Imam Ahmad bin Hanbal menjawab: “Contoh
seperti puisi mana?”
Muridnya menjawab: “Seperti yang diucapkan
oleh pemuisi-pemuisi (membacakan syair di bawah):
إذا ما قال لـي ربـى أمـا استحييـت تعصينـي ***** وتخفى الذنب عن خلقـى وبالعصيـان تأتينـى
Jika
Tuhanku bertanya kepada ku Tidak malukah kau bermaksiat kepada-Ku?
Kau
sembunyikan dosamu dari pandangan makhluk-Ku dan datang pada-Ku dengan penuh
dosa
فكيف أجيب يا ويحى ومن ذا سوف يحمينى ***** أسلـى النفـس بالآمـال مـن حيـن إلـى حـيـن
Bagaimana
aku nak jawab duhai diriku yang malang? Dan siapalah yang dapat selamatkanku?
Aku
terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa
وأنسـى مـا وراء المـوت مـاذا بعـد تكفيـنـى ***** كأنى قد ضمنت العيش ليـس المـوت يأتينـى
Dan aku sering melupakan apa yang bakal
aku lalui lepas mati dan selepas dikafankan
Seolah-olah aku dah dijamin akan hidup
selamanya, seakan-akan mati itu takkan datang
وجاءت سكرة الموت الشديدة من سيحمينى ***** نظرت إلى الوجوه أليس منهم من سيفدينـى
Dan
sakaratul maut datang padaku dengan ngeri. Nah, siapa yang akan melindungiku?!
Aku melihat pada wajah-wajah orang lain,
ada ke yang akan menebusku?
سأسـأل مـا الـذى قدمـت فـى دنيـاى ينجينـى ***** فكيف إجابتى مـن
بعـد مـا فرطـت فـى دينـى
Aku
akan disoal apa amal yang telah aku buat di dunia yang boleh menyelamatkanku?
Bagaimana
aku nak jawab setelah aku abaikan agamaku?
ويـا ويـحـى ألــم أسـمـع كــلام الله يدعـونـى ***** ألم أسمـع لمـا قـد جـاء فـى قـاف و ياسيـن
Celakanya
aku! Tidakkah aku (dahulu) mendengar ayat-ayat Allah?
Tidakkah
aku mendengar apa yang telah diceritakan dalam (surah) Qaf dan Yasin?
ألم أسمع بيوم الحشـر يـوم الجمـع والديـن ***** ألـم أسمـع منـادى المـوت يدعونـى ينادينـى
Tidakkah
aku mendengar mengenai hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari
qiamat?
Tidakkah
aku mendengar panggilan maut yang menyeru dan menjemputku?
فـيــا ربـــاه عـبــد تـائــب مـــن ذا
سيـؤويـنـى ***** ســوى رب غـفـور
واســع لـلـحـق يهـديـنـى
Wahai
Tuhanku! Seorang hamba datang bertaubat, siapa lagi yang boleh melindunginya?
Selain
Tuhan yang Maha Luas pengampunan-Nya, memberi petunjuk kepadaku dengan
kebenaran
أتيـت إليـك فارحمـنـى وثـقـل فــى موازيـنـى ***** وخفف فى جزائى أنـت
أرجـى مـن يجازينـى
Aku
telah datang pada-Mu, maka aku memohon supaya kasihanilah diriku dan beratkan
neracaku
Dan
ringankan (percepatkan) hisabku, kerana Engkaulah sebaik-baik Penghisab
Imam Ahmad berkata: “Ulangi sekali lagi!”
Muridnya berkata: “Lalu aku ulangi sekali lagi,”
Lalu beliau (Imam Ahmad) bangun dan memasuki rumahnya serta
menutup pintu. Ketika itu aku mendengar suara tangisannya dari dalam rumah dan
beliau mengulang-ngulangi syair tadi.
Lalu, aku bertanya pada diriku:
Pernahkah aku menangis atas dosa-dosaku?
Serta merta, teringat sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi:
عينان لا تمسهما النار، عين بكت من خشية الله، وعين باتت تحرس في سبيل الله
"Dua mata yang tidak akan disentuih oleh api neraka ; mata orang yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga kerana berjuang di jalan Allah."
Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim (mengenai 7 golongan yang mendapat naungan Allah):
..ورجل ذكر الله خالياً ففاضت عيناه..
"..dan seseorang yang mengingati Allah di kala sendirian, lalu berlinanganlah air matanya.."
Ya Allah, hadirkanlah ke dalam hati-hati kami rasa cinta kepada-Mu dan takut akan azab seksa-Mu. Kurniakanlah kepada kami keredhaan-Mu dan syurga-Mu.
fuhh, tercabar ana
ReplyDelete