Pages

Friday 29 November 2013

Fiqh Futur

Selalu dengar orang mengeluh, terutama sekali so-called 'Duat' mengenai perasaan tak bersemangat, 'down' dan sangat popular dengan kalimat futur? Tapi, pernah dengar tak mengenai 'Fiqh Futur'?

-------------------------------------------------------------------------
Si A: "Syeikh, ko pernah dengar tak Fiqh Futur?"

Si B: "Eh, memandai-mandai je ko cipta fiqh baru! Bidaah ni! Ko wahabi ea?"

Si A: "Erk..Sabar syeikh, janganlah tuduh sembarangan. Lain kali kalau nak cakap tu, fikir dulu. Jangan fikir dulu baru cakap! Pernah dengar hadis Nabi yang menerangkan dengan jelas sejelas-jelasnya mengenai futur?" 

Si B: -Buat muka pelik dan menggeleng kepala-

-------------------------------------------------------------------------
Sabda Rasulullah s.a.w:

"إن لكل عمل شِرَّة، ولكل شِرَّة فترة، فمن كانت فترته إلى سنتي، فقد اهتدى، ومن كانت فترته إلى غير ذلك فقد هلك"
 رواه أحمد وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما

“Sesungguhnya bagi setiap amal itu ada (masa) semangat dan bersungguh-sungguh, dan bagi setiap kesungguhan itu ada (masa) fatrah (kefuturan/lemah semangat). Barangsiapa pada waktu semangatnya lemah, lalu berpegang pada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk dan barangsiapa yang berpegang pada selainnya (sunnahku) maka dia telah binasa” (HR Ahmad dan Ibn Hibban dalam kitab sohih mereka)


Kita ibaratkanlah kehidupan kita seperti nat pada sebuah roda keretapi. 
Nat tersebut adalah diri kita dan roda tersebut adalah garis masa perjalanan hidup kita. 
Ada masanya nat tersebut berada di atas, dan pada masa yang lain ia berada di bawah. Namun, nat tersebut tetap teguh pada roda keretapi dan roda keretapi tersebut tetap di atas landasan keretapi. 
Inilah fiqh yang difahami dari hadis Nabi s.a.w tersebut, iaitu walau apapun yang terjadi dalam diri dan kehidupan, kita tetap akan meneguhkan diri dan hati kita di atas landasan (sunnah) Rasulullah s.a.w. 

Berikut merupakan 25 tanda, 10 sebab,15 cara pencegahan dan 10 bahan bacaan cadangan untuk menghadapi futur atau yang saya simpulkan sebagai FIQH FUTUR. 

i) Tanda-tanda:

1) Rasa malas pada roh, fizikal dan mental
2) Sedikit baca Quran dan tidak terkesan dengan bacaan
3) Mula rasa tak ikhlas, mengungkit dan riya’ (beramal untuk dilihat orang)
4) Hubungan dan kebergantungan kepada Allah mula goyah
5) Tidak terkesan dengan nasihat dan peringatan
6) Dakwah dilakukan hanya untuk lepaskan tanggungjawab dan untuk mengelakkan dipersoalkan
7) Menyibukkan diri dan pemikiran dengan dunia, banyak tidur, bersiar-siar dan membeli belah barang yang tidak perlu
8) Berlebihan dalam perkara mubah seperti makan, laman sosial dan tidur
9) Keyakinan mula goyah dalam konsep pekerjaan Allah seperti rezeki, takdir dan musibah
10) Membuang masa dengan perkara yang tak bermanfaat
11) Sangat sayang pada harta dan kekayaan sehingga tidak mahu menginfakkannya untuk dakwah
12) Mula mengabaikan aspek plan, strategi dan perancangan untuk dakwah
13) Menjauhkan diri dari rakan-rakan yang baik
14) Mengasingkan diri dari amal islami dan amal dakwah
15) Mula tidak menghadiri majlis ilmu dan kerap ponteng kelas formal
16) Terhakis minat terhadap perbincangan ilmiah dan keagamaan
17) Sering merungut dan mengeluh kerana bosan dengan tarbiah dan dakwah
18) Sering menyalahkan orang lain, menjadi pemarah dan sukar memaafkan
19) Menyerahkan tugas dan tanggungjawab yang dipikul kepada orang lain tanpa sebab yang munasabah
20) Tidak fokus dan tidak memberi keutamaan kepada maslahah dakwah dan pembangunan ummah
21) Selalu merasakan diri betul dan tidak ingin mengaku kesalahan
22) Mula mendekati maksiat dan tidak sensitif dengan dosa
23) Mula terpengaruh dan menyebarkan berita-berita yang tidak benar berkenaan dakwah dan amal islami
24) Tidak mengendahkan ama-amal sunat dan tidak melazimi tahajjud
25) Timbul syubhah dan keraguan terhadap kefahaman asas dakwah dan amal islami

ii) Sebab-sebab:

1) Kurang memberi perhatian kepada hubungan dengan Allah
2) Berterusan melakukan dosa kecil tanpa ada kesedaran untuk bertaubat
3) Kurang memberi perhatian terhadap tarbiah ruhiyah dan zatiyah (diri sendiri)
4) Kurang berdoa dan memohon kekuatan dari Allah
5) Selesa dengan persekitaran dan rakan-rakan yang tidak meningkatkan iman
6) Sering bertangguh-tangguh melakukan kebaikan
7) Tidak meletakkan target dan perancangan untuk dakwah dan kehidupan
8) Perasan diri sudah sempurna dan baik (membandingkan diri dengan golongan yang lemah iman)
9) Memendam masalah dan rasa tak puas hati tanpa usaha untuk melakukan pembaikan, perbincangan dan penjelasan
10) Kurang membaca dan mengambil motivasi dari sirah nabi, kisah sahabat dan ulama yang gigih menyebarkan dakwah dan melakukan islah

iii) Cara pencegahan:

1) Ikhlaskan hati dan sentiasa lakukan muhasabah serta tajdid niat
2) Menjaga ibadah fardhu dengan baik dan melazimi solat berjemaah di masjid
3) Sentiasa berusaha untuk meningkatkan amal-amal sunat
4) Banyakkan membaca dan memahami tafsir Quran, hafazan dan tidak mengabaikan tadabbur (manfaat dari kefahaman tafsir)
5) Banyakkan berdoa dan berzikir kepada Allah
6) Usaha untuk tingkatkan pembacaan dan mengambil motivasi dari sirah nabi, kisah sahabat dan ulama yang gigih menyebarkan dakwah dan melakukan islah
7) Rapatkan diri dengan sunnah-sunnah Rasulullah, cuba untuk menghafal hadis dan menghadiri majlis ilmu
8) Sentiasa ingat mati (contohnya menziarahi kubur)
9) Sentiasa berfikir dan merenung kebesaran Allah
10) Bersahabat dengan orang-orang soleh dan meminta nasihat dari mereka
11) Sentiasa bertaubat
12) Melakukan rehlah (bersiar-siar) ke tempat-tempat yang boleh diambil pengajaran
13) Mendengar ceramah/tazkirah dari radio, youtube dan sebagainya
14) Kerap menziarahi rakan-rakan yangber sama-sama melakukan dakwah
15) Membaca buku-buku berkaitan tarbiah rohani, penyakit hati dan hasutan syaitan

iv) Buku-buku cadangan:

1) Tafsir fi zilal Quran, Sayyid Qutb
2) Riyadhussolihin, Imam Nawawi
3) Sohih Targhib wa Tarhib, Syeikh Nasiruddin Al-Albani
4) Tahzib Madarij Salikin, Syeikh Abdul Mun’im Soleh Al-Izzi
5) Ad-Daa’ wa ad-Dawaa’, Ibn Qayyim
6) Talbis Iblis, Ibn Jauzi
7) Ihya’ Ulumuddin, Al-Ghazali
8) Tarbiyatuna ruhiyyah dan Tazkiyatunnafs, Syeikh Said Hawwa
9) Khittah Barraqah li zinnafs tawaqquh, Syeikh Solah al-Kholidi
10) Buku-buku sirah, sejarah dan tamadun umat Islam, terutama sekali tulisan-tulisan para ilmuwan kontemporari dalam bidang sejarah seperti Dr Imaduddin Khalil, Dr Ali as-Solabi dan Dr Raghib as-Sirjani

Wallahu A'lam.
Semoga bermanfaat untuk diri saya dan sesiapa sahaja yang membaca post ini.
Semoga Allah s.w.t beri kekuatan kepada kita untuk terus melakukan peningkatan iman, akhlak, ilmu dan kecergasan tubuh badan.

Monday 25 November 2013

Seruan Kebangkitan dari Genting Gaza

Gaza diserang lagi! 

Gambar pada 19 November 2013, menunjukkan serangan roket zionis ke atas genting Gaza (sumber https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152013887113104&set=a.115242228103.98234.527973103&type=1&relevant_count=1)

Gambar pada 22 November 2013, ketika ini keadaan di sana sudah 23 hari bekalan elektrik terputus (sumber https://www.facebook.com/photo.php?fbid=543233872420976&set=a.267828819961484.62994.100002031055213&type=1&relevant_count=1) 

Gambar lama, menunjukkan kanak-kanak belajar hanya berbekalkan lampu minyak (sumber google images)


Wallahi, saya amat tersentuh membaca sebuah doa yang dipost oleh kenalan saya dari Gaza yang pernah datang ke Malaysia untuk mengimamkan solat terawih pada tahun lepas. Berikut merupakan doanya yang diberi tajuk "Doa Kahraba'/Elektrik"

اللهم ارني الكهرباء يوماً كاملاً، وأخرجني من بين العتمة سالماً
ya Allah kurniakanlah kepadakunikmat elektrik untuk sehari penuh, selamatkanlah aku dari kegelapan

اللهم لا تجعل الشمع أكبر همنا ولا الماتور مبلغ علمنا
ya Allah janganlah jadikan kami terlalu bergantung hanya kepada lilin dan enjin minyak (untuk menggantikan nikmat elektrik)

اللهم انك تعلم بأن قطع الكهرباء أفسد أكلنا وعطل أجهزتنا
ya Allah sesungguhnya engkau mengetahui bahawa pemotongan bekalan elektrik telah merosakkan makanan-makanan kami dan perkakas elektrik kami

وشل حركتنا وأثلج أقدامنا وأمرض أطفالنا
juga membantutkan pergerakan kami, membekukan kaki kami dan menyebabkan kanak-kanak kami menderita kesakitan

اللهم إن الكهرباء تشكو ضعفها وقلة اضائتها
ya Allah sesungguhnya tenaga elektrik yang sedia ada sangatlah lemah dan sedikit kesan cahayanya

اللهم عليك بمن قطعها ومن منعها ومن عرقل وصولها
ya Allah kami serahkan (urusan azab) kepada engkau ke atas pihak-pihak yang memotong bekalan elektrik kami, menghalang dan juga menyusahkannya sampai kepada kami

اللهم إننا عبيدك بنو عبيدك نسألك بأن تزيد مدة الإنارة في غزة المحاصرة
ya Allah kami semata-mata hamba-Mu, kami memohon kepada-Mu agar ditambah nikmat pencahayaan di Gaza yang dikepung

اللهم انك تعلم بأن 6 ساعات لا تكفي لا لمستشفى ولا لمرضى
ya Allah sesungguhnya engkau maha mengetahui bahawa 6 jam (disambung bekalan elektrik) amatlah tidak mencukupi untuk menampung bekalan elektrik di hospital, apatah lagi  untuk merawat pesakit

فأدم وجودها وضاعف من وقتها
maka panjangkanlah dan gandakanlah tempohnya

اللهم عجل من عمل الشركة التي على الحدود وامدد الخطوط وزد من الوقود
ya Allah engkau percepatkanlah operasi syarikat-syarikat elektrik di sempadan Gaza, yang merangkumi jalur-jalurnya dan tenaga-tenaganya

وسدد عنا النقود لشركة لا تعرف الوعود
dan cukupkanlah untuk kami menampung cas ke atas syarikat yang khianat dan memungkiri perjanjian

اللهم يا واصل المنقطعين أوصل الكهرباء إلينا
ya Allah yang maha menyambung apa-apa yang terputus, sambungkanlah tenaga elektrik bagi kami

اللهم أزل عتمتنا وأطفئ شمعتنا وأنر بيتنا

Ya Allah, hilangkanlah kegelapan yang melanda kami, agar kami tidak lagi menggunakan lilin dan rumah kami disinari cahaya yang terang benderangTop of Form


Gaza tanpa elektrik (gambar hiasan)

Jadi...
Apa yang aku buat? Tidur berjam-jam? Makan sampai perut ke depan? Gelak sampai kering gusi? Sibuk bergosip kisah artis, villa nabila etc..?

Di mana doaku? Di mana solat subuh di masjidku? Di mana qiamullailku? Di mana ilmu-ilmuku yang sepatutnya dipraktik dan diamalkan? Di mana usaha-usahaku melakukan islah?

Ya, memang Allah menjanjikan kemenangan untuk deen ini, tapi adakah kita sekadar nak jadi 'fan' atau 'penonton' je? Sibuk kritik je? Bila masa pula kita nak jadi 'player'nya? Apa sumbangan kita untuk kebangkitan yang diidam-idamkan? 

Bacalah, renungilah, tadabburlah kisah seorang sahabi yang bernama 'Zuljausyan Ad-Dhababi'. Jadikanlah ia pengajaran dan titik tolak untuk kita agar tidak melengah-lengahkan langkah pertama ke arah kebangkitan islam! 

Gambar hiasan