Gaza diserang lagi!
![]() |
Gambar pada 19 November 2013, menunjukkan serangan roket zionis ke atas genting Gaza (sumber https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152013887113104&set=a.115242228103.98234.527973103&type=1&relevant_count=1) |
![]() |
Gambar pada 22 November 2013, ketika ini keadaan di sana sudah 23 hari bekalan elektrik terputus (sumber https://www.facebook.com/photo.php?fbid=543233872420976&set=a.267828819961484.62994.100002031055213&type=1&relevant_count=1) |
![]() |
Gambar lama, menunjukkan kanak-kanak belajar hanya berbekalkan lampu minyak (sumber google images) |
Wallahi, saya amat tersentuh membaca sebuah doa yang dipost oleh kenalan saya dari Gaza yang pernah datang ke Malaysia untuk mengimamkan solat terawih pada tahun lepas. Berikut merupakan doanya yang diberi tajuk "Doa Kahraba'/Elektrik"
اللهم ارني الكهرباء يوماً كاملاً، وأخرجني من بين العتمة سالماً
ya
Allah kurniakanlah kepadakunikmat elektrik untuk sehari penuh,
selamatkanlah aku dari kegelapan
اللهم لا تجعل الشمع أكبر همنا ولا الماتور مبلغ علمنا
ya Allah janganlah jadikan kami terlalu bergantung hanya kepada lilin
dan enjin minyak (untuk menggantikan nikmat elektrik)
اللهم انك تعلم بأن قطع الكهرباء أفسد أكلنا وعطل أجهزتنا
ya Allah sesungguhnya engkau mengetahui bahawa pemotongan bekalan
elektrik telah merosakkan makanan-makanan kami dan perkakas elektrik kami
وشل حركتنا وأثلج أقدامنا وأمرض أطفالنا
juga membantutkan pergerakan kami, membekukan kaki kami dan menyebabkan
kanak-kanak kami menderita kesakitan
اللهم إن الكهرباء تشكو ضعفها وقلة اضائتها
ya Allah sesungguhnya tenaga elektrik yang sedia ada sangatlah lemah dan
sedikit kesan cahayanya
اللهم عليك بمن قطعها ومن منعها ومن عرقل وصولها
ya Allah kami serahkan (urusan azab) kepada engkau ke atas pihak-pihak
yang memotong bekalan elektrik kami, menghalang dan juga menyusahkannya sampai
kepada kami
اللهم إننا عبيدك بنو عبيدك نسألك بأن تزيد مدة الإنارة في غزة المحاصرة
ya Allah kami semata-mata hamba-Mu, kami memohon kepada-Mu agar ditambah
nikmat pencahayaan di Gaza yang dikepung
اللهم انك تعلم بأن 6 ساعات لا تكفي لا لمستشفى ولا لمرضى
ya Allah sesungguhnya engkau maha mengetahui bahawa 6 jam (disambung bekalan elektrik) amatlah tidak
mencukupi untuk menampung bekalan elektrik di hospital, apatah lagi untuk merawat pesakit
فأدم وجودها وضاعف من وقتها
maka panjangkanlah dan gandakanlah tempohnya
اللهم عجل من عمل الشركة التي على الحدود وامدد الخطوط وزد من الوقود
ya Allah engkau percepatkanlah operasi syarikat-syarikat elektrik di
sempadan Gaza, yang merangkumi jalur-jalurnya dan tenaga-tenaganya
وسدد عنا النقود لشركة لا تعرف الوعود
dan cukupkanlah untuk kami menampung cas ke atas syarikat yang khianat
dan memungkiri perjanjian
اللهم يا واصل المنقطعين أوصل الكهرباء إلينا
ya Allah yang maha menyambung apa-apa yang terputus, sambungkanlah
tenaga elektrik bagi kami
اللهم أزل عتمتنا وأطفئ شمعتنا وأنر بيتنا
Ya Allah, hilangkanlah kegelapan yang melanda
kami, agar kami tidak lagi menggunakan lilin dan rumah kami disinari cahaya
yang terang benderang
![]() |
Gaza tanpa elektrik (gambar hiasan) |
Jadi...
Apa yang aku buat? Tidur berjam-jam? Makan sampai perut ke depan? Gelak sampai kering gusi? Sibuk bergosip kisah artis, villa nabila etc..?
Di mana doaku? Di mana solat subuh di masjidku? Di mana qiamullailku? Di mana ilmu-ilmuku yang sepatutnya dipraktik dan diamalkan? Di mana usaha-usahaku melakukan islah?
Ya, memang Allah menjanjikan kemenangan untuk deen ini, tapi adakah kita sekadar nak jadi 'fan' atau 'penonton' je? Sibuk kritik je? Bila masa pula kita nak jadi 'player'nya? Apa sumbangan kita untuk kebangkitan yang diidam-idamkan?
Bacalah, renungilah, tadabburlah kisah seorang sahabi yang bernama 'Zuljausyan Ad-Dhababi'. Jadikanlah ia pengajaran dan titik tolak untuk kita agar tidak melengah-lengahkan langkah pertama ke arah kebangkitan islam!
![]() |
Gambar hiasan |
No comments:
Post a Comment