Antara peringkat yang paling penting dalam sejarah dakwah dan tarbiyah adalah Zaman Mekah. Pada zaman inilah Rasulullah s.a.w membina rijal yang sifatnya core, tahan lasak dan ekstrim (yang positif). Zaman ini terbahagi kepada; Dakwah Sirriyyah (Sembunyi2) dan Dakwah Jahriyyah (Terang-terangan).
Dalam tempoh kira-kira 3 tahun selepas Kenabian, Rasulullah s.a.w memulakan dakwah baginda secara sirr (sembunyi2).
Siapa yang tidak tahu tentang permulaan dakwah Nabi s.a.w di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam???
'Style' (baca: Manhaj) yang Nabi s.a.w pakai pada peringkat ini mempunyai dua ciri keistimewaan:
- Manhaj yang ‘pure’, bebas dari sebarang penyelewengan kesamaran. Satu-satunya sumber yang diguna pakai dalam silibus adalah Quran dan Hadis
- Manhaj yang ‘simple’, tiada cabang-cabang yang memeningkan dan tiada syariat yang pelbagai.
Manhaj ini pula boleh dibahagikan kepada:
Teori
1. Pendidikan Aqidah
- Pembinaan Aqidah yang betul, tepat dan sejahtera
- Menitikberatkan aspek ‘ruuhi’
- Menanamakan rasa keimanan yang mendalam terhadap Islam
- Menekankan aspek mengenal Allah, Rasul, Kitab dan Hari Akhirat
Inilah asas pembinaan ‘Qaedah
Sulbah’ (‘coregroup’ dakwah).
Teks surah Makkiyah pula berkisar
tentang;
- Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma wa Sifat
- Khabar dan perbicaraan Hari Akhirat, Syurga, Neraka dan alam ghaib
2. Pendidikan Akhlak
- Menanamkan akhlak mulia dalam diri setiap muslim
- Penyucian hati (tazkiyah)
- Pembersihan hati dan anggota dari dosa dan maksiat
- Menyeru untuk mempraktikkan akhlak yang mulia dan sentiasa mengaitkannya dengan redha Allah dan syurga (targhib)
Hasilnya, terbinalah satu masyarakat yang miskin dengan harta, tetapi kaya dengan akhlak mulia.
Perkara ini disimpulkan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabda baginda:
"إِنَّمَا بُعْثِتُ لأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاقِ"
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan ketinggian akhlak”
3. Pendidikan melalui Sejarah
Kisah dakwah Nabi-nabi, umat-umat terdahulu, kesudahan
bagi ‘group baik’ dan balasan bagi ‘group jahat’.
Hal ini kerana Sunnatullah (ketetapan Allah) tidak sekali-kali akan berubah!
Belajar Sirah (baca:sejarah) membuatkan kita seolah-olah melihat masa depan.
Formulanya sama, kesudahannya sama dan balasannya juga sama.
"Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah, dan
sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah
itu." (35:43)
Praktikal
1. Mendidik mengerjakan Solat
Inilah tiang agama, jika
didirikan, terdirilah agama dalam diri, jika dirobohkan, ranaplah agama dalam
diri. Namun, pada awal zaman Mekah, solat hanya disyariatkan 2 kali sehinggalah
berlakunya Isra dan Mikraj pada akhir-akhir zaman Mekah.
2. Mendidik berQiyamullail
Aspek yang paling penting perlu
ada pada diri setiap muslim yang bergelar ‘penyeru’. Generasi awal yang memeluk
Islam mempunyai bekalan yang cukup untuk memikul beban dakwah melalui Madrasah
Malam. Inilah seagung-agung pembinaan iman!
"Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan
di waktu itu lebih berkesan." (73:5-6)
3. Mendidik berDakwah
Tanggungjawab dakwah telah
dipikul oleh seluruh muslim pada zaman ini. Mereka melakukannya berdasarkan
situasi dan keadaan masing-masing. Secara umumnya, setiap ketua keluarga akan
memastikan keluarganya mengamalkan nila-nilai yang diajar Islam secara
menyeluruh. Inilah seutuh-utuh institusi kekeluargaan!
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" (26:214)
Secara umumnya, peringkat dakwah ini tidak terdedah kepada sebarang penentangan yang dahsyat daripada kaum musyrik Mekah. Ini kerana umat Islam pada ketika ini tak 'kacau line' mereka secara terang-terangan. Mereka hanya melaksanakan ibadah-ibadah khusus tanpa menyeru untuk meruntuhkan berhala, menghapuskan agama nenek moyang dan melarang pengamalan adat istiadat jahiliah.
No comments:
Post a Comment