Syarat ibadah yang telah digariskan oleh para ulama’
merangkumi:
i)
Niat yang ikhlas
ii)
Bertepatan dengan
apa yang diajar oleh syara’
Firman Allah s.w.t:
“..mereka tidak
disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya
dalam (menjalankan) agama yang lurus..”(98:5)
Firman Allah s.w.t lagi:
Katakanlah:
"Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w),
nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.(3:31)
Jom koreksi diri.
Kita belajar agama untuk menjadi Orang Agama atau orang
beragama?
Kita beribadah untuk menjadi Ahli Ibadah atau hamba
Allah s.w.t?
Memang tak salah untuk kita target nak jadi Orang Agama atau
Ahli Ibadah, tapi yang salahnya apabila perkara ni jadi matlamat kita yang
utama.
Firman Allah s.w.t:
Dan Katakanlah:
"Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan
melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui
akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah
kamu kerjakan.(9:105)
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Qais Al-Asy’arie,
Rasulullah s.a.w ditanya berkenaan seorang lelaki yang berperang dengan berani,
sombong dan riya’, mana satu yang dikategorikan fi sabilillah? Lalu Rasulullah
s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang berperang (dengan niat) menegakkan kalimah
Allah, maka dialah yang berada fi sabilillah.” (Muttafaq ‘alaih)
Hakikat iman itu bertambah dan berkurang, ibarat kain yang
terdedah kepada kelusuhan, Rasulullah s.a.w sentiasa menyarankan kepada kita
untuk terus mentajdid niat dari semasa ke semasa.
Mari kita renung nasihat Saidina Umar Al-Khattab:
إني لا أحمل همَّ الإجابة، ولكن أحمل هم الدعاء
'Sesungguhnya aku tiada memikul beban ijabah (pengkabulan permintaan), tetapi aku memikul beban untuk berdoa'
اللهم أعنا على ذكرك و شكرك و حسن عبادتك
Oleh itu, sama-sama kita memohon kepada Allah s.w.t supaya
menetapkan hati-hati kita di atas agama Allah, mempunyai niat yang sentiasa
lurus dan tidak terpesong dari jalan Allah dan menguatkan keazaman kita untuk
terus bekerja demi menegakkan kembali agama Allah di atas muka bumi ini serta membawa
rahmat ke seluruh alam.
moga terus istiqamah meluah idea,di samping melukis jiwa manusia yang lebih utama.
ReplyDeletesalam berintgriti dari saya.hew hew :D