Dalam sibuk-sibuk umat Islam meng’update’ dan menyebarkan
perkembangan politik tempatan, gosip-gosip artis, ‘isu panas’ mengenai moral
ahli politik dan bermacam-macam lagi, isu Palestin merupakan isu global
yang tidak patut diabaikan dan dilupakan.
Tahukah kita? Sejak tahun 1967 sehingga sekarang, sudah hampir
750 ribu penduduk tempatan Palestin ditangkap, berpuluh-puluh ribu dalam
kalangan mereka adalah kanak-kanak.
Menurut statistik terbaru, hampir 75 ribu telah ditangkap
sejak bermulanya Intifadha Al-Aqsa.
Tahanan kami..Aqsa kami..
Tahanan penjara
Bilangan tahanan Palestin yang merengkok dalam penjara rejim
Zionis kian bertambah dari hari ke hari. Anggaran sehingga hari ini mencecah
4600, merangkumi 8 orang tahanan wanita, 138 kanak-kanak, 309 pekerja awam dan 27 orang ahli politik dan mereka yang memegang jawatan penting dalam kerajaan
sah Palestin, antaranya Dr Abdul Aziz Dweik yang merupakan Ketua Dewan
Perundangan Palestin.
Dr Abdul Aziz Dweik
Jenis dan tempoh penahanan
Dalam kalangan tahanan-tahanan tersebut, terdepat lebih
kurang 533 orang tahanan yang dikenakan hukuman penjara seumur hidup! Hukuman yang
paling lama dikenakan oleh rejim pengganas Zionis dalam sejarah ialah ’67 life
sentence’, dikenakan ke atas Mujahid Al-Qassam, Abdullah Al-Barghouthi.
Abdullah Al-Barghouthi
Terdapat juga tahanan yang dikenakan hukuman penjara
melebihi 20 tahun! Menurut statistik, jumlah tahanan jenis ini mencecah 57
orang! Dalam kalangan ini pula, terdapat 23 tahanan yang ditahan melebihi 25
tahun!
Jenis hukuman yang paling ekstrim yang dilakukan oleh rejim
pengganas Zionis ialah ‘Kurungan seorang diri’, tahanan yang dikenakan hukuman
ini ditempatkan dalam satu sel yang kecil dan gelap berukuran 200x220 cm! Ruang
udara pula perukuran 10 cm! Mereka terputus hubungan dengan dunia luar,
seolah-olah berada di dalam ‘kubur’! Mereka tidak dibenarkan mengikuti
perkembangan semasa, diziarahi oleh keluarga, jika tidur dipaksa bangun, jika
sedang solat diganggu, dihalang membaca Al-Quran hatta bersenam pun tak
dibenarkan! Bilangan mereka mencecah 22 orang.
Hasan Salamah, tahanan kurungan seorang diri selama 12 tahun!
Terdapat juga 8 orang tahanan wanita, mereka ditempatkan di
tempat yang tidak sepatutnya bagi seorang wanita. Rejim Zionis seolah-olah
bukan penduduk bumi! Tidak mempedulikan hal ehwal dan hak-hak yang diiktiraf
dan diketahui oleh penduduk dunia terhadap seorang wanita!
Ahlam Tamimi yang sudah dibebaskan
Selain itu, terdapat hampir 202 tahanan yang syahid di dalam
penjara! Mereka syahid disebabkan:
i)
Kecedaraan yang mereka
alami akibat diseksa tidak diberikan rawatan
ii)
Pembunuhan secara ‘direct’
oleh rejim Zionis
Bagaimana rejim Zionis ‘melayan’ mereka?
i)
Menahan tanpa bicara
ii)
Kurungan seorang diri yang
mengakibatkan tekanan fizikal dan mental
iii)
Keluarga tahanan dari
wilayah Gaza dilarang menziarahi mereka
iv)
‘Undang-undang Shalit’, di
mana mereka dihalang mengikuti perkembangan semasa dan menuntut ilmu
v)
Melakukan siasatan dengan
mem’bogel’kan tahanan, seksaan secara ‘berjemaah’ serta menyerang mereka di
tengah malam
Mogok lapar
Pada tanggal 17 April 2012, para tahanan telah bersepakat
untuk membuat mogok lapar secara besar-besaran di dalam penjara, sebagai tanda
protes mereka ke atas rejim Zionis yang menindas dan tidak menunaikan hak-hak
serta kewajipan terhadap para tahanan. Ini merupakan kemuncak kesabaran mereka
terhadap kezaliman rejim Zionis. Mereka juga membuat beberapa tuntutan:
i)
Mansuhkan penahanan tanpa
bicara
ii)
Mansuhkan kurungan seorang
diri
iii)
Benarkan ahli keluarga
tahanan menziarahi mereka
iv)
Layanan yang
berperikemanusiaan
v)
Menetapkan undang-undang
ketika menyiasat
Mogok bertemakan 'Kami hidup dengan kemuliaan!'
Apa peranan aku?
Wahai umat islam! Apa lagi yang perlu dipaparkan kepada kita
mengenai tahanan Palestin ini?
Tidak tersentuh ke hati kita membaca statistik yang
dipaparkan?
Tidak berperasaankah kita?
Tidak berhati perutkah kita?
Sudah hilangkah nilai-nilai seorang manusia?
Sudah hilangkah rasa kasih sayang dan persaudaraan sesama Islam?
Ayuh! Hayya! Jom! Lakukan sesuatu, sumbangkan semampu yang
boleh dengan:
i)
Update perkembangan semasa
mereka
ii)
Sebarkan isu dan berita
mereka
iii)
Doakan mereka dalam setiap
Qiamullail dan selepas solat
iv)
Kempen besar-besaran, melalui
artikel-artikel, tayangan video, pementasan teater dan sebagainya
v)
Ambil bahagian dalam
aktiviti-aktiviti yang melibatkan isu mereka
p/s: untuk info-info tambahan dan meng'update' isu ini, disarankan website ini http://www.palinfo.com/ Juga terdapat terjemahan dalam pelbagai bahasa.
pembeda merupakan satu titik perpisahan antara jahiliyah dan islam
ReplyDeleteahlein2 akhi ,, hehe