Persoalan akhlak merupakan persoalan yang amat kritikal. Isu akhlak atau ethics tidak sepatutnya dipandang enteng pada zaman kini. Dengan lambakan media sosial, budaya intektual melalui wacana-wacana perbincangan isu semasa dan interaksi antara masyarakat berbilang kaum dan agama, paradigma ini sepatutnya dipandu dan dimurnikan supaya ianya selari dengan prinsip umum akhlak yang mulia. Kita tidak ingin melihat atau melahirkan sebuah masyarakat yang tinggi daya inteleknya atau popular disebut 'minda kelas pertama', tetapi akhlaknya atau etikanya tidak mencerminkan tahap intelektualnya. Kita inginkan sebuah masyarakat yang disebut dalam peribahasa melayu: Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk.
Syeikh Muhammad Al-Ghazali menerangkan di dalam muqaddimah bukunya, 'Akhlak Muslim' bahawa rukun Islam mempunyai hubung kait yang amat kuat dengan prinsip akhlak. Perkara ini ditegaskan dengan nyata oleh Rasulullah s.a.w dengan menyatakan tujuan utama risalah baginda dan metod dakwah baginda sepertimana disebut di dalam hadis:
Oleh itu, risalah baginda yang telah bertapak di dalam sejarah, dan perjuangan para sahabat untuk menyebar luaskan risalah ini dan mengumpulkan manusia ke dalamnya tidak lain adalah bertujuan untuk mengukuhkan, meluruskan dan melengkapkan sikap mulia yang sedia ada dalam masyarakat supaya mereka mampu mengamalkannya di atas basirah (pedoman).
Begitu juga dengan ibadah-ibadah yang disyariatkan. Pensyariatan ibadah ini bukan sekadar musim-musim atau syiar-syiar kosong yang menghubungkan manusia dengan benda ghaib yang tidak dikenali, ataupun membebankan mereka dengan bebanan amal yang samar-samar, ataupun sekadar pergerakan yang tidak bermakna! Sesungguhnya ibadah-ibadah tersebut adalah latihan-latihan berterusan untuk membiasakan manusia hidup dengan akhlak yang terpuji dan berpegang teguh dengannya walau apa pun yang terjadi.
Dalil-dalil yang jelas di dalam Al-Quran dan Hadis telah menyebut maqasid (tujuan) utama pensyariatan ibadah-ibadah fardhu yang merupakan rukun Islam:
1) Solat. Firman Allah:
Menjauhi perbuatan keji dan membersihkan diri dari maksiat merupakan hakikat sebenar solat. Di dalam hadis qudsi, Allah berfirman:
2) Zakat. Kefardhuan zakat bukanlah ibarat cukai yang diambil dari poket kita semata-mata. Sesungguhnya ia menanamkan nilai kasih sayang, kebersamaan dan ikatan yang kukuh antara semua lapisan masyarakat. Al-Quran sendiri telah menjelaskan maqsad (objektif) pengeluaran zakat:
Dengan itu juga, Rasulullah s.a.w sendiri telah meluaskan konsep kesyumulan sedekah di dalam hadis baginda:
Kefahaman konsep sedekah sebegini tidak terhad kepada pengeluaran harta dan diberi kepada orang lain, tetapi merangkumi segala bentuk moral yang baik disumbangkan untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain.
3) Puasa pula bukan sekadar suruhan untuk menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi juga menahan dan mengawal diri dari melakukan akhlak-akhlak yang buruk. Di dalam Al-Quran, dijelaskan tujuan utama pensyariatan puasa iaitu, Taqwa (Al-Baqarah: 183). Rasulullah s.a.w juga menyebutkan maqasid (objektif) puasa di dalam banyak hadis, antaranya:
4) Ibadah haji pula bukan sekadar permusafiran muslim ke tanah suci untuk melakukan ibadah ritual, ataupun berhijrah meninggalkan segala hiruk-pikuk kehidupan untuk beribadah secara total kepada Allah, tetapi ia bermatlamatkan untuk memandu dan mengamalkan nilai akhlak yang mulia. Sepertimana yang disebutkan di dalam Al-Quran:
Secara umumnya, akhlak merupakan sifat dalaman pada diri seseorang yang dizahirkan ke luar. Tokoh ilmuwan moden, Syeikh Abdullah bin Bayyah menyifatkan keadaan zaman ini adalah 'keadaan yang gila/buas'. Beliau juga menegaskan bahawa prinsip akhlak yang asas merupakan fitrah dan dimiliki oleh semua, samada muslim atau bukan muslim. Beliau juga antara tokoh yang menyeru supaya masyarakat pada hari ini mengambil berat dan mempraktiskan 'nilai akhlak yang global', bagi melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni, bertolak ansur dan bekerjasama untuk pembangunan sebuah tamadun yang lebih baik.
Syeikh Muhammad Al-Ghazali menerangkan di dalam muqaddimah bukunya, 'Akhlak Muslim' bahawa rukun Islam mempunyai hubung kait yang amat kuat dengan prinsip akhlak. Perkara ini ditegaskan dengan nyata oleh Rasulullah s.a.w dengan menyatakan tujuan utama risalah baginda dan metod dakwah baginda sepertimana disebut di dalam hadis:
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.
(Riwayat Malik di dalam Muwatta')
Begitu juga dengan ibadah-ibadah yang disyariatkan. Pensyariatan ibadah ini bukan sekadar musim-musim atau syiar-syiar kosong yang menghubungkan manusia dengan benda ghaib yang tidak dikenali, ataupun membebankan mereka dengan bebanan amal yang samar-samar, ataupun sekadar pergerakan yang tidak bermakna! Sesungguhnya ibadah-ibadah tersebut adalah latihan-latihan berterusan untuk membiasakan manusia hidup dengan akhlak yang terpuji dan berpegang teguh dengannya walau apa pun yang terjadi.
Dalil-dalil yang jelas di dalam Al-Quran dan Hadis telah menyebut maqasid (tujuan) utama pensyariatan ibadah-ibadah fardhu yang merupakan rukun Islam:
1) Solat. Firman Allah:
Sesungguhnya (maksud) solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. (Al-Ankabut:45)
Sesungguhnya Aku akan menerima solat hamba yang merendah diri terhadap kebesaranKu, tidak berbuat keburukan ke atas makhlukKu, tidak tidur dengan berterusan melakukan maksiat, meluangkan waktu siang dengan mengingatiKu, dan mengasihi orang miskin, ibnu sabil, ibu tunggal dan orang ditimpa musibah.
(Hadis riwayat Al-Bazzar)
Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan diri mereka. (At-Taubah: 103)
Senyuman kepada saudara kamu adalah sedekah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran adalah sedekah, membimbing orang yang sesat adalah sedekah, membuang benda kotor, duri dan tulang belulang di jalanan adalah sedekah, memenuhkan bekas saudara kamu adalah sedekah, memimpin orang buta berjalan adalah sedekah.
(Hadis riwayat Bukhari)
3) Puasa pula bukan sekadar suruhan untuk menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi juga menahan dan mengawal diri dari melakukan akhlak-akhlak yang buruk. Di dalam Al-Quran, dijelaskan tujuan utama pensyariatan puasa iaitu, Taqwa (Al-Baqarah: 183). Rasulullah s.a.w juga menyebutkan maqasid (objektif) puasa di dalam banyak hadis, antaranya:
Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan berbohong, maka Allah tidak berhajat untuk mengganjarinya atas usahanya meninggalkan makan dan minum.
(Hadis riwayat Bukhari)
Puasa itu bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi juga menahan diri dari perbuatan keji dan sia-sia.
(Hadis riwayat Ibn Khuzaimah)
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaipan meminta sedekah) dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). (Al-Baqarah: 197)
No comments:
Post a Comment