At-Tazkiyah boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan penyucian atau pembersihan. Perbincangan mengenai konsep at-tazkiyah sering dikaitkan dengan at-tazkiyat-ul-anfus atau penyucian jiwa-jiwa. Oleh itu, entri ini akan membicarakan secara ringkas mengenai konsep at-tazkiyah di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta cara untuk melalui proses penyucian jiwa mengikut garis panduan syarak.
Di dalam al-Quran, at-Tazkiyah merupakan salah satu daripada elemen utama risalah Rasulullah SAW, bahkan seluruh rasul yang diutuskan oleh Allah SWT kepada umat manusia. Di dalam surah al-Baqarah ayat 129, Nabi Ibrahim AS telah berdoa kepada Allah SWT agar mengutuskan seorang rasul dalam kalangan zuriat keturunan baginda dengan doa:
Berdasarkan permintaan Nabi Ibrahim AS ini, dapat disimpulkan tiga elemen utama risalah Rasulullah SAW yang disusun mengikut susunan permintaan Nabi Ibrahim AS:
1) At-Tilawah (membacakan ayat-ayat Allah).
2) At-Ta’lim (mengajarkan isi kandungan al-Quran).
3) At-Tazkiyah (menyucikan dan membersihkan jiwa).
Permintaan Nabi Ibrahim AS ini telah dikabulkan oleh Allah SWT tidak lama selepas itu. Di dalam surah yang sama ayat 151, Allah SWT telah berfirman:
Nah, adakah kita melihat ada perbezaan pada permintaan Nabi Ibrahim AS dan ayat yang difirmankan oleh Allah SWT? Jawapan yang biasa diberikan adalah TIDAK! Tiada perbezaan! Namun, saya ingin menarik perhatian pembaca dan mengajak pembaca untuk meneliti dengan sebaik-baiknya apakah wujud perbezaan antara kedua-dua ayat tersebut?
YA, wujudnya perbezaan! Iaitu perbezaan pada susunan keutamaan (priority/aulawiyyat). Jika kita lihat pada ayat kedua, Allah SWT meletakkan elemen at-Tazkiyah itu sebagai elemen kedua, berbanding permintaan Nabi Ibrahim AS yang meletakkannya pada elemen ketiga. Susunan ini dikuatkan lagi dengan ayat-ayat yang lain:
Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa at-Tazkiyah merupakan antara elemen yang utama dan terpenting dalam risalah Rasulullah SAW.
Antara at-Tazkiyah dengan at-Tasawuf
Menurut penelitian saya, istilah at-Tazkiyah lebih tepat menggambarkan proses penyucian jiwa berbanding at-Tasawuf yang seringkali diguna pakai oleh kebanyakan umat Islam. Hal ini kerana ia merupakan istilah yang disebutkan secara terang, jelas dan berulang kali di dalam al-Quran. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk membicarakan mengenai konsep ini agar dapat memberikan sedikit pencerahan buat pedoman diri saya dan manfaat buat seluruh pembaca.
Di samping itu, saya juga berpandangan bahawa istilah at-Tazkiyah ini lebih mendekatkan, menyatukan, harmoni, mudah difahami dan tidak mungkin disalah erti atau dieksploitasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Hal ini kerana, jika disebutkan mengenai at-Tasawuf, kemungkinan besar ramai akan menyalah tafsir dengan menganggap bahawa pokok perbicaraannya mesti berkisar mengenai tarikat-tarikat, wirid-wirid tertentu dan apa sahaja bentul ritual ibadat yang mendatangkan perbalahan dan percanggahan dalam kalangan umat Islam.
Menurut Buya Hamka di dalam buku beliau Tasawuf Moden:
“Tasawuf adalah salah satu aliran falsafah Islam, yang pada mulanya bertujuan untuk mencapai zuhud terhadap dunia, tetapi lantaran banyaknya bercampur gaul dengan negeri dan bangsa lain, termasuklah juga pengaruh agama dari bangsa lain itu ke dalamnya. Hal ini kerana tasawuf itu bukanlah agama, melainkan suatu ikhtiar yang sesetengahnya diizinkan oleh agama dan sesetengahnya pula dengan tidak sedar, tergelincir dari agama, atau terasa enaknya pengajaran agama lain dan terikut dengan tidak sengaja.”
Namun, ingin saya tegaskan di sini bahawa bukan niat saya untuk memarakkan lagi api perbalahan mengenai istilah-istilah atau bermain dengan takrifan, kerana seperti yang disebut oleh Dr Salman al-Audah di dalam buku beliau Terima Kasih Wahai Para Musuh, percanggahan dan perbalahan yang berlaku kebanyakannya adalah kerana perbezaan pada lafaz dan istilah, tidak sepatutnya membawa kepada pergaduhan besar, bermasam muka dan memutuskan persaudaraan sesama Islam. Ianya tidak lain dan tidak bukan sekadar ingin menjernihkan lagi keadaan dan mendatangkan suatu istilah alternatif yang telah sedia ada di dalam al-Quran dan khazanah Sunnah Rasulullah SAW itu sendiri.
Apakah yang dimaksudkan dengan at-Tazkiyah di atas Manhaj Nubuwwah?
Seperti yang telah disebut pada awal entri ini, at-Tazkiyah merupakan antara elemen yang utama dan terpenting dalam risalah Rasulullah SAW. Namun, timbul persoalan yang sentiasa bermain di fikiran kita, bagaimanakah caranya? Apakah kriterianya? Dari manakah sumbernya?
Pada kesempatan ini, suka untuk saya rumuskan beberapa garis panduan umum yang sangat penting diketahui dan difahami agar proses penyucian jiwa yang ingin dilaksanakan tidak tergelincir dari ajaran Islam (sebahagian besarnya saya petik dan olah dari manhaj Syeikh Dr Muaz Hawwa hafizahullah):
1) Merujuk semua perkara tidak kira besar atau kecil yang bersangkut-paut dengan at-Tazkiyah kepada dalil-dalil al-Quran dan as-Sunnah yang sohih. Inilah intipati utama at-Tazkiyah yang betul-betul akan menyucikan dan menenangkan jiwa-jiwa kita, kerana jiwa-jiwa kita adalah milik Allah, mana mungkin kita mencari petunjuk dan dalil daripada selain-Nya?
2) Berhati-hati dalam pengambilan hadis-hadis mengenai at-Tazkiyah. Merujuk kepada ulama’ yang berautoriti dalam bidang hadis agar tidak tergelincir dengan mengambil dan mengamalkan hadis yang lemah atau palsu. Hal ini kerana, at-Tazkiyah merupakan sebahagian daripada agama, dan amalan hati merupakan induk kepada amalan anggota tubuh yang lain. Oleh itu, proses penyucian jiwa perlu disucikan daripada segala bentuk pemalsuan atas nama Rasulullah SAW.
3) Adapun perkara yang mempunyai percanggahan atau perbezaan pandangan, hendaklah dirujuk kembali kepada dalil asal yang sohih dan disepakati dengan insaf dan adil. Namun, ingin ditegaskan di sini bahawa ianya terhad kepada perkara-perkara yang bersifat furu’ (cabang), bukan usul.
4) Menitik beratkan perkara-perkara yang lebih utama, bersifat jawhar (hakikat) berbanding mazhar (luaran) dengan tidak menjadikan sebahagian perkara yang diharuskan sebagai perkara yang diwajibkan atau mengharamkan perkara yang diharuskan.
5) Menghindar diri daripada apa sahaja bentuk ibarat (perkataan) yang mungkar, tidak difahami, kabur dan bercanggah dengan prinsip asas Akidah, Syariah atau Akhlak. Selain itu, hendaklah bersikap hati-hati dalam menukilkan dan menyebarkan kisah-kisah luar biasa orang-orang soleh atau wali, agar tidak terjerumus ke lembah pendustaan dan penipuan.
6) Mengutamakan nilai kesatuan dan perpaduan ummah, dengan menggabung jalin dan mencerakinkan antara islah (pembaikan) diri dan islah ummah, menjauhi segala perkara yang boleh membawa kepada pergaduhan dan perbalahan.
7) Berusaha untuk mencari titik pertemuan antara ajaran-ajaran Syariat dengan logik akal yang sihat dan sempurna, ianya boleh dilakukan dengan memahami Maqasid (tujuan atau orientasi) dan hikmah Syariat itu diturunkan.
Akhir sekali, marilah sama-sama kita merenung kembali adakah kita telah benar-benar menghayati dan mengamalkan ketiga-tiga elemen utama risalah Rasulullah SAW ini? Jika belum, masih belum terlambat untuk kita pelajari, fahami, hadamkan dan yang paling penting kita amalkan untuk menjadikan diri kita layak diiktiraf sebagai umat Rasulullah SAW.
Di dalam al-Quran, at-Tazkiyah merupakan salah satu daripada elemen utama risalah Rasulullah SAW, bahkan seluruh rasul yang diutuskan oleh Allah SWT kepada umat manusia. Di dalam surah al-Baqarah ayat 129, Nabi Ibrahim AS telah berdoa kepada Allah SWT agar mengutuskan seorang rasul dalam kalangan zuriat keturunan baginda dengan doa:
“Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firman-Mu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Berdasarkan permintaan Nabi Ibrahim AS ini, dapat disimpulkan tiga elemen utama risalah Rasulullah SAW yang disusun mengikut susunan permintaan Nabi Ibrahim AS:
1) At-Tilawah (membacakan ayat-ayat Allah).
2) At-Ta’lim (mengajarkan isi kandungan al-Quran).
3) At-Tazkiyah (menyucikan dan membersihkan jiwa).
Permintaan Nabi Ibrahim AS ini telah dikabulkan oleh Allah SWT tidak lama selepas itu. Di dalam surah yang sama ayat 151, Allah SWT telah berfirman:
“Samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.”
Nah, adakah kita melihat ada perbezaan pada permintaan Nabi Ibrahim AS dan ayat yang difirmankan oleh Allah SWT? Jawapan yang biasa diberikan adalah TIDAK! Tiada perbezaan! Namun, saya ingin menarik perhatian pembaca dan mengajak pembaca untuk meneliti dengan sebaik-baiknya apakah wujud perbezaan antara kedua-dua ayat tersebut?
YA, wujudnya perbezaan! Iaitu perbezaan pada susunan keutamaan (priority/aulawiyyat). Jika kita lihat pada ayat kedua, Allah SWT meletakkan elemen at-Tazkiyah itu sebagai elemen kedua, berbanding permintaan Nabi Ibrahim AS yang meletakkannya pada elemen ketiga. Susunan ini dikuatkan lagi dengan ayat-ayat yang lain:
“Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” (A-li'Imraan 3:164)
“Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Al-Jumu'ah 62:2)
Antara at-Tazkiyah dengan at-Tasawuf
Menurut penelitian saya, istilah at-Tazkiyah lebih tepat menggambarkan proses penyucian jiwa berbanding at-Tasawuf yang seringkali diguna pakai oleh kebanyakan umat Islam. Hal ini kerana ia merupakan istilah yang disebutkan secara terang, jelas dan berulang kali di dalam al-Quran. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk membicarakan mengenai konsep ini agar dapat memberikan sedikit pencerahan buat pedoman diri saya dan manfaat buat seluruh pembaca.
Di samping itu, saya juga berpandangan bahawa istilah at-Tazkiyah ini lebih mendekatkan, menyatukan, harmoni, mudah difahami dan tidak mungkin disalah erti atau dieksploitasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Hal ini kerana, jika disebutkan mengenai at-Tasawuf, kemungkinan besar ramai akan menyalah tafsir dengan menganggap bahawa pokok perbicaraannya mesti berkisar mengenai tarikat-tarikat, wirid-wirid tertentu dan apa sahaja bentul ritual ibadat yang mendatangkan perbalahan dan percanggahan dalam kalangan umat Islam.
Menurut Buya Hamka di dalam buku beliau Tasawuf Moden:
“Tasawuf adalah salah satu aliran falsafah Islam, yang pada mulanya bertujuan untuk mencapai zuhud terhadap dunia, tetapi lantaran banyaknya bercampur gaul dengan negeri dan bangsa lain, termasuklah juga pengaruh agama dari bangsa lain itu ke dalamnya. Hal ini kerana tasawuf itu bukanlah agama, melainkan suatu ikhtiar yang sesetengahnya diizinkan oleh agama dan sesetengahnya pula dengan tidak sedar, tergelincir dari agama, atau terasa enaknya pengajaran agama lain dan terikut dengan tidak sengaja.”
Namun, ingin saya tegaskan di sini bahawa bukan niat saya untuk memarakkan lagi api perbalahan mengenai istilah-istilah atau bermain dengan takrifan, kerana seperti yang disebut oleh Dr Salman al-Audah di dalam buku beliau Terima Kasih Wahai Para Musuh, percanggahan dan perbalahan yang berlaku kebanyakannya adalah kerana perbezaan pada lafaz dan istilah, tidak sepatutnya membawa kepada pergaduhan besar, bermasam muka dan memutuskan persaudaraan sesama Islam. Ianya tidak lain dan tidak bukan sekadar ingin menjernihkan lagi keadaan dan mendatangkan suatu istilah alternatif yang telah sedia ada di dalam al-Quran dan khazanah Sunnah Rasulullah SAW itu sendiri.
Apakah yang dimaksudkan dengan at-Tazkiyah di atas Manhaj Nubuwwah?
Seperti yang telah disebut pada awal entri ini, at-Tazkiyah merupakan antara elemen yang utama dan terpenting dalam risalah Rasulullah SAW. Namun, timbul persoalan yang sentiasa bermain di fikiran kita, bagaimanakah caranya? Apakah kriterianya? Dari manakah sumbernya?
Pada kesempatan ini, suka untuk saya rumuskan beberapa garis panduan umum yang sangat penting diketahui dan difahami agar proses penyucian jiwa yang ingin dilaksanakan tidak tergelincir dari ajaran Islam (sebahagian besarnya saya petik dan olah dari manhaj Syeikh Dr Muaz Hawwa hafizahullah):
1) Merujuk semua perkara tidak kira besar atau kecil yang bersangkut-paut dengan at-Tazkiyah kepada dalil-dalil al-Quran dan as-Sunnah yang sohih. Inilah intipati utama at-Tazkiyah yang betul-betul akan menyucikan dan menenangkan jiwa-jiwa kita, kerana jiwa-jiwa kita adalah milik Allah, mana mungkin kita mencari petunjuk dan dalil daripada selain-Nya?
2) Berhati-hati dalam pengambilan hadis-hadis mengenai at-Tazkiyah. Merujuk kepada ulama’ yang berautoriti dalam bidang hadis agar tidak tergelincir dengan mengambil dan mengamalkan hadis yang lemah atau palsu. Hal ini kerana, at-Tazkiyah merupakan sebahagian daripada agama, dan amalan hati merupakan induk kepada amalan anggota tubuh yang lain. Oleh itu, proses penyucian jiwa perlu disucikan daripada segala bentuk pemalsuan atas nama Rasulullah SAW.
3) Adapun perkara yang mempunyai percanggahan atau perbezaan pandangan, hendaklah dirujuk kembali kepada dalil asal yang sohih dan disepakati dengan insaf dan adil. Namun, ingin ditegaskan di sini bahawa ianya terhad kepada perkara-perkara yang bersifat furu’ (cabang), bukan usul.
4) Menitik beratkan perkara-perkara yang lebih utama, bersifat jawhar (hakikat) berbanding mazhar (luaran) dengan tidak menjadikan sebahagian perkara yang diharuskan sebagai perkara yang diwajibkan atau mengharamkan perkara yang diharuskan.
5) Menghindar diri daripada apa sahaja bentuk ibarat (perkataan) yang mungkar, tidak difahami, kabur dan bercanggah dengan prinsip asas Akidah, Syariah atau Akhlak. Selain itu, hendaklah bersikap hati-hati dalam menukilkan dan menyebarkan kisah-kisah luar biasa orang-orang soleh atau wali, agar tidak terjerumus ke lembah pendustaan dan penipuan.
6) Mengutamakan nilai kesatuan dan perpaduan ummah, dengan menggabung jalin dan mencerakinkan antara islah (pembaikan) diri dan islah ummah, menjauhi segala perkara yang boleh membawa kepada pergaduhan dan perbalahan.
7) Berusaha untuk mencari titik pertemuan antara ajaran-ajaran Syariat dengan logik akal yang sihat dan sempurna, ianya boleh dilakukan dengan memahami Maqasid (tujuan atau orientasi) dan hikmah Syariat itu diturunkan.
Akhir sekali, marilah sama-sama kita merenung kembali adakah kita telah benar-benar menghayati dan mengamalkan ketiga-tiga elemen utama risalah Rasulullah SAW ini? Jika belum, masih belum terlambat untuk kita pelajari, fahami, hadamkan dan yang paling penting kita amalkan untuk menjadikan diri kita layak diiktiraf sebagai umat Rasulullah SAW.
No comments:
Post a Comment