Wednesday, 14 December 2016

PSIKOLOGI PERTENGAHAN/SEIMBANG USUL 20 HASAN AL-BANNA

oleh Dr Alizi Alias

Kalau kita baca Usul 20 tulisan Hasan al-Banna, pengasas Gerakan Dakwah sederhana Ikhwanul Muslimin kita akan nampak usaha beliau yg memberi pandangan yg pertengahan dan luas yg meraikan kecenderungan manusia utk berada pada salah satu titik yg bertentangan tapi berjaya mengehadkan sempadan dua jalur ekstrimisme.
Usul 20 (Rukun Faham) seimbang antara:
1.
Golongan yg menolak Islam sbg satu sistem duniawi vs.
Golongan yg menyudutkan Islam kpd ibadah dan akhlak shj
2.
Golongan yg melampau dlm membelakangkan Qur'an dan Hadith vs.
Golongan yg jumud dlm tafsiran Qur'an dan syarah Hadith.
3.
Golongan yg melampau dlm menolak unsur2 spiritual dlm Islam vs.
Golongan yg melampau2 dlm menjadikan unsur2 spiritual sbg dalil hukum syarak.
4.
Golongan yg melampau dlm menolak jampi2 yg berasaskan al-Qur'an dan sunnah vs.
Golongan yg melampau dlm menambah2 unsur2 syirik, khurafat, dan takhayyul dlm jampi.
5.
Golongan yg melampau dlm taat pemerintah secara membabi-buta vs. Golongan yg melampau dlm menolak ketaatan dlm perkara yg umat sangat2 memerlukan kesatuan.
6.
Golongan yg melampau dlm menyokong pendapat2 tertentu di kalangan org2 salih terdahulu vs.
Golongan yg mencerca peribadi org2 salih terdahulu.
7.
Golongan yg melampau dlm memperluaskan ijtihad vs.
Golongan yg melampau dlm ta'asub mazhab.
8.
Golongan yg melampau dlm menukar perkara ijma' menjadi perkara khilaf vs.
Golongan yg melampau dlm menukar perkara khilaf seolah2 ia perkara ijma'.
9.
Golongan yg melampau dlm membicarakan perkara2 yg tidak penting vs.
Golongan yg melampau dlm tidak membicarakan perkara2 yg penting.
10.
Golongan yg melampau dlm menambah2 maksud pada ayat2 sifat Allah vs.
Golongan yg melampau dlm memberi rupa manusia kpd Allah dlm membicarakan ayat2 sifat Allah.
11.
Golongan yg melampau dlm melakukan perkara bi'dah yg jelas2 sesat dari sudut aqidah hingga menukar agama/syari'ah vs.
Golongan yg melampau dlm melakukan/mempromosi ma'siat kpd Allah SWT.
12.
Golongan yg melampau dlm membid'ahkan amalan ibadah yg bersifat khilaf vs.
Golongan yg melampau dlm menggelar org lain sbg wahabi.
13.
Golongan yg melampau dlm mencerca org2 salih vs.
Golongan yg melampau dlm memuja2 org salih.
14.
Golongan yg melampau dlm menolak amalan menziarahi kubur vs.
Golongan yg melampau2 dlm amalan menziarahi kubur
15.
Golongan yg melampau dlm menolak doa secara bertawasul vs.
Golongan yg melampau dlm bertawasul kpd makhluk.
16.
Golongan yg melampau dlm memberi label2 tertentu utk dilihat halal vs.
Golongan yg melampau dlm memberi label2 tertentu hingga dilihat haram. .
17.
Golongan yg melampau2 dlm mengutamakan amalan zahir/anggota vs.
Golongan yg melampau2 dlm mengutamakan amalan hati/niat.
18.
Golongan yg melampau2 dlm memuja metod saintifik vs.
Golongan yg melampau2 dlm menolak metod saintifik.
19.
Golongan yg melampau2 dlm memberatkan perkara2 zanni/spekulatif vs.
Golongan yg melampau2 dlm meringankan perkara2 qat'i/definitif.
20.
Golongan yg melampau2 dlm mengkafirkan org Islam yg lain vs.
Golongan yg melampau2 dlm membiarkan kekufuran yg nyata berleluasa.

No comments:

Post a Comment