*Himpunan Tweets Dr Tareq Suweidan |
الحسن والحسين سيدا شباب أهل الجنة ونحن السنة نحبهماونصلي
عليهما وكل الآل في كل صلاة وثورة الحسين رفض لتحريف الدين بإلغاء اختيار الشعب لحاكمه
Saidina Al-Hasan
dan Al-Husin merupakan penghulu ahli syurga, dan kami ahli sunnah sayang dan
hormat mereka berdua dan seluruh ahli keluarga Rasulullah s.a.w. Revolusi yang
dilakukan Al-Husin adalah sebagai tindak balas menuntut penafian hak rakyat
untuk memilih pemimpin
الذين يستشهدون بحديث الصبر ولو أخذ مالك وجلد ظهرك
لم يدققوا في الحديث فهو يتحدث عن حالة فردية(مالك ظهرك) وليس الظلم العام (مالكم ظهركم)
Golongan yang menyandarkan hadis supaya sabar terhadap
pemimpin walaupun pemimpin tersebut mengambil harta kamu tanpa kerelaan dan
membantai belakang kamu(membebankan) sebenarnya tidak meneliti makna sebenar
yang dikehendaki hadis tersebut. Sesungguhnya hadis ini bercakap berkenaan kezaliman yang dilakukan terhadap individu dengan menggunakan kata ganti diri 'ka', bukan kezaliman umum (yang dituntut untuk diperangi)
لما رأى سلمان على عمر قطعة قماش زائدة على ما أخذه
الصحابة رضي الله عنهم جميعاً قال: لا سمع ولا طاعة حتى تبين لنا من أين لك هذا؟
لا علاقة لطاعة ولي الأمر بعدم قول الحق أو المطالبة
برفع الظلم ، والاستشهاد الصحيح اليوم هو: لا خير فيكم ان لم تقولوها
Bilamana Salman
melihat ada lebihan pada kain Saidina Umar berbanding yang diambil oleh para
sahabat yang lain, beliau dengan tegas berkata: “Tiada kepatuhan dan ketaatan
terhadap kau sehinggalah kau menjelaskan dari mana kain lebihan ini?”
Tiada hubungan
secara langsung antara ketaatan terhadap pemimpin dengan mendiamkan diri daripada
berkata benar atau menuntut keadilan, ungkapan yang sesuai diungkapkan ialah:
Tiada kebaikan untuk diri kamu jika kamu tidak menyuarakannya
لماذا يصر البعض على استعمال الكلمات البذيئة وقد
جاء في الحديث ( ما كان رسول الله بطعان ولا لعان ولا فاحش ولا بذيء ) عليه الصلاة
والسلام
لا تقل لأحد أبدا أنه منافق ، لأن النفاق إظهار
الإيمان وإبطان الكفر في القلب ، ومن قال لأخيه يا كافر فقد باء بها أحدهما ، وأنت
في غنى عن ذلك
Mengapakah sebahagian
orang masih berdegil tidak mahu meninggalkan sikap suka mencaci dan menggunakan
kata-kata kesat? Sebagaimana terdapat dalam hadis Nabi s.a.w: "Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w bukan seorang yang suka mencaci, melaknat, melakukan perbuatan
keji mahupun mengunakan kata-kata kesat”
Jangan sekali-kali
melabel orang secara sembarangan dengan label nifaq, kerana nifaq ertinya
menzahirkan iman dan menyembunyikan kufur dalam hati. Dan barangsiapa yang
memanggil saudaranya Wahai Kafir, maka perkataan tersebut akan kembali kepada
salah seorang dari kamu
من مبادئي التي أصر عليها ( لن أكفر من يكفرني ولن
أخون من يخوني ولن أسب من يسبني وأحب للناس ما أحب لنفسي
Prinsip yang
sehingga sekarang saya pegang: saya tidak sekali-kali akan mengkafirkan orang yang
mengkafirkan saya , saya tidak sekali-kali akan mengkhianati orang yang
mengkhianati saya, saya tidak akan mencaci maki orang yang mencaci maki saya,
dan saya akan mengasihi manusia sebagaimana saya mengasihi diri saya sendiri
لو قيل لي يوم القيامة سنجعل حسابك لأبيك وأمك لرفضت
.. لأن الله أرحم بي من أبي وأمي .. الإمام علي رضي الله عنه وكرم وجهه
Saidina Ali r.anhu:
“Jikalau dikatakan kepadaku pada hari kiamat nanti, kami akan menuntut bela ke
atas kau demi bapa dan ibu kau maka aku akan menolak tuntutan tersebut kerana
Allah lebih kasih kepadaku dari ayah dan ibuku”
إن إصبع السبابة التي تشهد لله بالوحدانية في الصلاة
.. لترفض أن تكتب حرفاً واحداً تقر به حكم طاغية .. سيد قطب
Sayyid Qutb: “Sesungguhnya
jari telunjuk yang diangkat bagi menyaksikan keesaan Allah dalam solat tidak
akan tunduk patuh untuk menulis satu huruf bagi mengiktiraf kuasa taghut”
الحديث ( اذا سمعت الرجل يقول : هلك الناس. فهو
أهلكهم) دعوة لرفض المتشائمين وعدم السماع لهم . تفاءلوا بالخير تجدوه
Hadis Nabi s.a.w: “Jika
kau mendengar seorang lelaki mengatakan: binasalah manusia, maka sesungguhnya
dia telah menyebabkan kebinasaan” merupakan seruan untuk menolak segala bentuk
sikap pesimistik dan tidak mengendahkan kata-kata mereka. Renungilah!
كل شاب يذكر موقفاً واحداً من السيرة جعله يعشق
الرسول صلى الله عليه وسلم؟
Bolehkah setiap
pemuda pada hari ini menyebut satu peristiwa dari sirah yang menjadi bukti
kasihnya pada Rasulullah s.a.w?
من أخلاق المؤمنين إحسان الظن ببعضهم (لولا اذ سمعتموه
ظن المؤمنين والمؤمنات بأنفسهم خيرا) ومن لا يقبل الاعتذار يخسر أصدقاءه
Antara akhlak seorang mukmin ialah berbaik sangka sesama mukmin seperti
firman Allah s.w.t: “Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu
orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka
sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: Ini adalah suatu berita bohong yang
nyata,” dan sesiapa yang tidak menerima permohonan maaf dari orang lain maka
dia telah kehilangan sahabat
الرسول صلى الله عليه وسلم عفى عن كل أهل مكة الا
١٣ أمر بقتلهم حتى لو وجدوهم متعلقين بأستار الكعبة لبشاعة جرائمهم
Rasulullah s.a.w memberi pelepasan kepada seluruh penduduk
Mekah melainkan 13 orang yang disuruh baginda untuk dibunuh walaupun mereka
berselindung di halaman Kaabah disebabkan jenayah mereka yang dilakukan sangat
berat
ضع الله نصبَ عينيك وقل وافعل ما يرضي الله فسيرضى
عنك الصالحون والعقلاء، وقد تخسر من قيمهم مغلوطة أو عقولهم صغيرة
Letakkan Allah pada
pandangan matamu, ucapkanlah dan lakukanlah perkara yang diredhai Allah, maka
engkau akan diredai oleh orang-orang baik dan berakal. Namun, kemungkinan kamu
akan kerugian oleh kerana penilaian manusia yang silap dan akal manusia yang
kecil
قلْ أعوذُ بربِّ النَّاس" : إشارة إلى أن الناس
ليسوا ربّاً ولا إلهاً، فلا يكن رضاهم همّك، بل همّك ربّ وملك وإله الناس
“Katakanlah: Aku berlindung dari Tuhan sekalian manusia”
merupakan satu isyarat yang membuktikan bahawa manusia tidak sekali-kali akan
menjadi Rabb atau Ilah. Maka, tidak perlulah kisah/peduli akan keredhaan
manusia, tetapi pedulilah akan keredhaan Rabb, Malik dan Ilah kepada manusia
No comments:
Post a Comment