Pages

Monday, 23 December 2013

Doa untuk Dakwah dan Qiyadah

Subhanallah!

Alangkah indahnya hidup seorang da'ie jika dia meletakkan kebergantungan sepenuhnya hanya kepada Allah,
Alangkah indahnya hidup seorang da'ie jika dia tidak mengharapkan apa-apa balasan atas amalnya di dunia selain ganjaran dari Allah,
Alangkah indahnya hidup seorang da'ie jika dia mengadu kelemahan dan kesedihannya hanya kepada Allah,
Alangkah indahnya hidup seorang da'ie jika dia meluangkan malam-malamnya dengan bermunajat kepada Allah,
Alangkah indahnya hidup seorang da'ie jika dia menangis dan merintih atas dosa-dosanya dan tanggungjawab-tanggungjawab yang diabaikan,
Alangkah indahnya hidup seorang da'ie jika dia tidak lupa untuk mendoakan untuk kebaikan dirinya, keluarganya, pimpinannya dan ummatnya.

Firman Allah s.w.t setelah Allah s.w.t menceritakan mengenai Muhajirin dan Ansar:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

"Ya Allah, ampunilah kami dan saudara-saudara (seaqidah) kami yang lebih awal beriman daripada kami, dan jangan jadikan di dalam hati-hati kami kedengkian terhadap orang-orang beriman, Ya Tuhan Kami sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Penyayang" (Al-Hasyr:10)

Pada hari ini, kita amat memerlukan doa yang ikhlas dari hati setiap pemuda (dan bukan pemuda) yang telah berkumpul  kerana kasihkan Allah, dan bertemu untuk sama-sama melakukan ketaatan, dan bersatu untuk memikul beban dakwah, dan berjanji  untuk terus memenangkan shariah Allah!

 اللهم لك الحمد كله ولك الشكر كله وإليك يُرجع الأمر كله ، لا راد لفضلك ولا معبود بحق سواك ، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن والاه 
Ya Allah, segala puji dan kesyukuran hanyalah untuk-Mu, dan segala urusan dikembalikan kepada-Mu, kelebihan-Mu tiada tolok bandingan dan tiada yang berhak disembah melainkan Engkau. Selawat dan Salam ke atas Rasulullah, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja yang bersama baginda. 
اللهم إنا نسألك بنور وجهك الذى أشرقت له السموات والأرض ، أن تجعلنا ودعوتنا وقادتنا وإخواننا وأهلينا والمسلمين عامة فى حرزك وحفظك وجوارك وتحت كنفك 
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu dengan berkat cahaya-Mu yang menyinari langit dan bumi, agar menjadikan dakwah kami, pimpinan kami, saudara kami, ahli keluarga kami dan orang muslimin secara keseluruhannya berada di bawah penguasaan, penjagaan dan perhatian-Mu. 
اللهم أنصر دعوتنا ، وحقق غايتنا ، وانشر فكرتنا ، وارفع رايتنا ، وبارك أخوتنا ، واجمع على الحق كلمتنا ، ووفق وأيد بالحق مرشدنا وقادتنا ، واجمعنا فى الجنة إخواناً على سرر متقابلين مع النبيين والصديقين والشهداء والصالحين 
Ya Allah, menangkanlah dakwah kami, realisasikanlah matlamat kami, sebarkanlah fikrah kami, angkatlah panji kami, berkatilah ukhuwwah kami, satukanlah kalimat kami di atas kebenaran, kuatkanlah pimpinan kami, kumpulkan kami di syurga sebagai saudara (sebagaimana di dunia) di atas katil-katil dan saling memandang antara satu sama lain, bersama-sama para nabi, orang yang benar (menunaikan janjinya), para syuhada dan orang-orang soleh.
اللهم بارك جهدنا ، واحفظ جمعنا ، ووحد صفنا ، وألف بين قلوبنا ، ورد عادية الظالمين عنا ، واحفظنا ودعوتنا وقادتنا وإخواننا من كل مكروه وسوء ، وافتح لنا يا مولانا بفتوح العارفين الربانيين ، وافتح لنا وبنا البلاد وقلوب العباد ،  وبلغنا بطاعتك طريق الهدى والرشاد ، وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين
Ya Allah, berkatilah usaha-usaha kami, peliharalah perkumpulan kami, satukanlah saf (barisan) kami, lembutkanlah hati-hati kami, hindarilah kami dari perbuatan orang zalim yang melampau, peliharalah kami dan dakwah kami dan pimpinan kami dan saudara kami dari segala keburukan dan kecelaan, bukalah (pemikiran) kami dengan bukaan mereka yang 'arifiin dan rabbaniyyin, dan bukalah negara dan hati-hati manusia (kurniakan kebebasan) untuk kami (dan melalui kami) dan sampaikanlah kami ke jalan petunjuk dan kesaksamaan dengan ketaatan kepada-Mu. 
*dipetik dari blog Syeikh Muhammad Hamed: www.zadussaerin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment